Presiden PAS diberi penghormatan berucap di Ijtimak Jamaat Islami
- Published on Monday, 24 November 2014 08:03
- Written by Harakahdaily
PAKISTAN: Presiden PAS,
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang diberi penghormatan berucap pada
himpunan besar-besaran sempena Ijtimak Jamaat Islami di kota Lahore di
sini semalam.
Beliau hadir bersama Pengerusi Lajnah
Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menjadi menjadi tetamu
kepada himpunan lebih setengah juta penyokong gerakan Islam tertua di
Pakistan itu.
Himpunan itu berlangsung tiga hari sehingga hari ini.
Ahli serta penyokong Jamaah Islam datang dari seluruh pelosok Pakistan.
Selain pimpinan PAS, tetamu luar negara
lain yang turut hadir adalah dari Parti Nahdah Tunisia, Ikhwan Muslimin
Mesir, PKS Indonesia, parti Islam dari Sudan, Iraq dan Jordan.
Ijtimak pada kali ini amat penting
kepada gerakan Islam kerana ia akan membincangkan isu-isu antarabangsa
termasuk konflik di Timur Tengah seperti perang di Syria, Libya, Iraq
dan juga persoalan pencerobohan bumi Palestin dan Masjid Al-Aqsa oleh
Zionis Israel.
Tuan Guru Abdul Hadi dalam ucapannya menyentuh persoalan antarabangsa yang sedang mencabar ummah kini.
Turut bersama dalam ijtimak kali ini
adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kub. -
HARAKAHDAILY 23/11/2014
0 orang berkata:
Post a Comment