Pulak Dah!!! Punca DS Dr Wan Azizah Wan Ismail Tidak Hadir Sidang Dewan Undangan Negeri Tersebar... Jom Terjah!!!
Ditegur
pagi tadi mungkin merajuk kerana tidak dapat jawatan menteri besar,
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail petang ini muncul di Dewan Undangan
Negeri (DUN) Selangor mengambil bahagian dalam perbahasan dan membidas
ketua pembangkang yang mengkritik ketidakhadirannya.
Ahli
DUN (Adun) Kajang itu berkata, beliau tidak dapat menghadiri
persidangan sejak Isnin kerana sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan
dan sudah memaklumkan perkara itu kepada Dewan.
"Saya
dah bagi notis tak dapat hadir, bukan saya tuang (ponteng).
Dibandingkan kehadiran ketua pembangkang ke mesyuarat Jawatankuasa
Kira-Kira Wang Awam Negeri, saya datang lebih kerap lagi," katanya.
Pagi
tadi, apabila kelibat Dr Wan Azizah masih lagi tidak kelihatan pada
hari ketiga persidangan, ia menimbulkan persoalan di kalangan Adun
Barisan Nasional (BN).
"Mungkin
dia merajuk (tidak dapat jadi menteri besar)," kata Adun Permatang
Sulaiman Abdul Razak sementara Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohd
Shamsudin Lias mendakwa tindakan Dr Wan Azizah itu tidak
bertanggungjawab kerana tidak menggunakan peluang membawa masalah
kawasannya ke peringkat DUN.
Membahaskan
Bajet 2015, Dr Wan Azizah sempat menjawab kritikan BN, mengatakan
walaupun tidak terpilih sebagai menteri besar, beliau menerima
pelantikan Mohamed Azmin Ali dengan hati terbuka.
Katanya, jawatan itu ialah satu tanggungjawab dan beliau menasihatkan Azmin menjalankan tugas dengan baik.
"Siapa
jadi MB, itu tanggungjawab. Terima dengan hati terbuka... (Dalam
memegang) jawatan, yang penting amanah dan tanggungjawab," katanya.
3 orang berkata:
Ha ha ha mana pergi dap dan pkr nih?kenapa hj hadi sja kau nmpk?dengan mak cik ni kau buta ya?kalau nk maki aku pun,maki lh
DAP marah sangat kat Hj Hadi bukan kerana tak hadir mesyuarat, itu cuma nak lepas geram je. Maklumlah selama ini DAP perasan dgn jolokan konon PAS jadi tunggangan DAP. Rupa2nya HjHadi bukak tembelang yg DAP jadi tunggangan PKR. Tu yg marah sangat tu. I'm sorry.......
DAP umpama seketul taik yg jatuh kedalam sekawah gulai...habis sekawah kena buang akibat busuk & najisnya taik itu.
Post a Comment