Amaran untuk pencari artifak di Pulau Nangka
BANDA HILIR – Tiada pokok ditebang atau tiada lagi batu-batan yang
dirosakkan. Itu amaran Timbalan Exco Pelancongan, Pembangunan Pantai,
Sungai dan Pulau-pulau, Datuk Ghazale Muhamad bagi menjaga keindahan
alam semula jadi Pulau Nangka sekiranya kerja pencarian artifak
diteruskan.
Menurutnya, jika ada syarikat yang diberi kelulusan mencari artifak di pulau bersejarah itu, mereka perlu mematuhi prosedur ditetapkan.
“Jika ada usaha dengan kebenaran pihak berwajib, pemantauan perlu dilakukan secara konsisten supaya aktiviti pencarian selepas ini tidak merosakkan alam semula jadi pulau.
“Kita tidak mahu ekosistem terjejas, keindahan dirosakkan dan bentuk asal dicerobohi dengan memecahkan batu-batan,” katanya.
Menurutnya, Perbadanan Muzium Melaka perlu sentiasa komited dengan mengawal selia aktiviti pencarian menerusi syarikat yang dilantik.
Difahamkan, syarikat Legend Treasure Sdn Bhd akan meneruskan kerja pencarian artifak di pulau itu selepas usaha dilakukan Smart Partnership International (M) Sdn Bhd gagal membuahkan hasil.
Legend Treasure yang sebelum ini pernah melakukan pencarian kira-kira empat tahun lalu dikatakan akan memasuki pulau berkenaan dalam masa terdekat.

0 orang berkata:
Post a Comment