Operasi JPJ: Apa kata orang ramai?
SHAH ALAM – Ekoran operasi penguatkuasaan yang dijalankan Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak kebelakangan ini, timbul rasa kurang
senang dalam kalangan pengguna jalan raya.
Tinjauan Sinar Harian Online mendapati, rata-rata pengguna mahukan tempoh masa tertentu bagi mengubah aksesori kenderaan mereka mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Namun, menurut Saari Abd Rahman, 40, dari Pelabuhan Klang, pengguna sewajarnya sudah mengetahui peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh penguatkuasa sebelum memiliki kenderaan.
“Kita kena lihat balik, akta itu sudah berapa lama wujud. Pengguna ini sedar atau tidak akta itu? Sepatutnya kita bila nak memiliki kenderaan kita dah tahu dengan peraturan-peraturan yang ada.
“Sesetengah orang, pasang cermin gelap dah tahu kalau kena tahan memang akan disaman. Maksudnya, dari segi pengetahuan pengguna kena tingkatkan,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, orang ramai juga perlu tahu setakat mana had sebagai pengguna dan elakkan daripada menjadi mangsa penipuan pekedai.
“Kedua soal notis penguatkuasaan, saya rasa itu sudah cerita lama. Bukan satu perkara yang dibuat dalam keadaan tergesa-gesa.
“Cuma saya rasa kadang-kadang pengguna tertipu dengan cakap-cakap kedai aksesori. Kita sebagai pengguna patut sudah tahu hak kita dan setakat mana had kita, jika kita sememangnya melanggar had itu, ada atau tidak notis (pemberitahuan operasi) itu, bila kena saman, kena terimalah,” katanya.
Sementara itu, Suresh Subramaniam, 27, dari Klang berpendapat, JPJ perlu memaklumkan lebih awal bagi memberi ruang masa untuk pengguna mengubah sebarang kesalahan atas kenderaan mereka.
“Sepatutnya JPJ telah maklum awal, mungkin setahun lalu supaya pengguna ada masa untuk tukar. Kalau tiba-tiba buat operasi dan pengguna tidak ada masa untuk mengubah, itu yang membuatkan rakyat marah.
“Kalau masih berdegil, kenalah bagi saman. Kita sebagai pengguna kena patuhi undang-undang,” katanya.
Pendapat itu turut disokong Mohd Munzir Shabudin, 23, dari Subang.
“Bagi saya, operasi JPJ itu perlu dijalankan dengan teratur, kita kena ambil masa untuk ubah sesuatu benda itu.
“JPJ perlu beri masa yang lebih lama untuk kita buat persediaan lebih rapi. Semua itu melibatkan kos seperti pemasangan cermin gelap untuk pasang yang baru,” katanya.
Manakala, Muhd Fahmi Fikri, 20, dari Shah Alam mencadangkan agar JPJ membuat pemantauan ke atas kedai-kedai yang menjual aksesori kenderaan.
“Berkenaan operasi JPJ terhadap nombor pendaftaran kenderaan itu, bukan salah pengguna sepenuhnya. Mungkin ada yang memang keluar dari kedai seperti itu dan kita sebagai pengguna malas nak keluarkan duit lagi untuk tukar.
“JPJ mungkin perlu ke kedai yang menjual aksesori untuk melihat sendiri bagaimana kedai membuat nombor plat itu. Tegaskan atau beri amaran,” katanya.
Bagi Idmaziah Mohd Idris, 37, dari Subang Jaya pula, beliau tidak risau terhadap operasi-operasi tersebut kerana tidak melanggar apa-apa peraturan yang telah ditetapkan.
“Bagi saya peraturan yang telah dibuat untuk kita itu rasanya, kalau kita tak buat salah, saya rasa tak ada apa-apa. Selagi mana kita patuh peraturan, tak ada apa-apalah,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment