Kurang arif agama jangan komen di media sosial
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati individu atau
pihak tertentu, yang kurang arif mengenai agama, agar tidak mengeluarkan
komen di laman sosial mereka sehingga menyinggung perasaan pihak lain.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak polis tidak mahu perbuatan seumpama itu membawa kepada keadaan tegang dalam aspek ketenteraman awam.
"@PDRM memandang serius komen-komen terhadap agama oleh mereka yang tidak arif mengenainya. PDRM tiada pilihan selain mengambil tindakan terhadap mereka," kata Khalid melalui laman Twitter rasminya.
Baru-baru ini, sebuah klip video bertajuk 'Hudud Isi Periuk Nasi' yang berdurasi 1 minit 55 saat menerima banyak kecaman oleh pelbagai pihak di media sosial.
Pengacara dalam video berkenaan turut menerima ugutan rogol dan bunuh. - Bernama

2 orang berkata:
Aku tertanya- tanya jadi video yang menghina HUDUD yang pernah disebar dulu? Adakah POLIS telah ambil tindakkan ke atas mana-mana pihak yang bertanggungjawab? Atau kes itu dah dilupakan begitu sahaja? Rasanya pelakon-pelakon dalam video itu masih bebas dan tak ada tindakkan langsung. Apakah tersebut tidak diambil tindakkan kerana ada kepentingan mana-mana pihak? Mohon POLIS bertindak adil jangan memilih kes.
Setakat bagi `nasihat` je?
Post a Comment