Dun Chempaka kekal milik Pas
- Calon Pas, Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad (kanan) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka selepas keputusan rasmi itu diumumkan di Dewan Bitara Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa malam ini. Turut sama calon bebas Aslah Mamat (kiri). - Foto Bernama
KOTA BHARU - Pas berjaya mempertahankan kerusi Dun Chempaka apabila
calonnya, Ahmad Fathan Mahmod menang menewaskan empat calon Bebas dalam
PRK yang disifatkan paling tenang dan aman.
Kemenangan itu menjadikan kerusi Dun Chempaka kekal milik Pas yang sebelum ini tujuh penggal dimenangi oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Majoriti yang diperolehi Fathan meningkat kepada 10092 walaupun kehadiran pengundi merosot kepada 55 peratus berbanding 83 peratus dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu.
Keputusan tersebut diumumkan oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada jam 9.05 di Pusat Penjumlahan Undi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa.
Fathan yang juga bekas pensyarah memperoleh 10,899 undi mengatasi empat calon Bebas yang kesemuanya hilang wang pertaruhan.
Calon Bebas, Shariff Mahmood memperoleh 807 undi, Izat Bukhary Ismail Bukhary mendapat 51 undi, Fadzillah Hussin memperoleh 89 undi manakala Aslah Mamat manakala 27 undi.

0 orang berkata:
Post a Comment