Ada pengundi dihalang keluar
- Peraih undi Pas berehat seketika di Sekolah Menengah Kebangsaan Badang, Kota Bharu. - Foto Sinar Harian oleh ROSMIZA KASIM
KOTA BHARU - Pengundi yang terlibat dengan PRK Dun Chempaka tetap
keluar membuang undi biarpun ada dakwaan segelintirnya 'dihalang' untuk
mengundi.
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob berkata, perkara itu tidak akan menghalang pengundi yang 'cerdik' dan mempengaruhi pemikiran pengundi.
"Ada kedengaran desas-desus usaha menyekat pengundi agar tidak keluar mengundi.
"Bagi pengundi-pengundi yang sudah faham dan sudah dua, tiga kali mengundi mereka tetap akan keluar dan tidak tergugat," katanya kepada pemberita semasa melawat pusat membuang undi Sekolah Kebangsaan Parang Puting, di sini pagi tadi.
Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bersama sekumpulan penyokong parti itu.
Ahmad berkata, Pas tetap bekerja kuat meskipun menjangkakan kemenangan dengan majoriti yang membanggakan.
"Walaupun kita sudah dapat menjangka keputusannya, namun kami tetap bekerja kuat.
"Kami rasa bangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh pengundi yang terbukti menghormati demokrasi," katanya.

1 orang berkata:
http://forum.travian.com.my/member.php?u=25160
Post a Comment