Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PATUT LA ORANG UMNO KATA BERSATU LULUS BULAN DEPAN


Bersatu dakwa RoS lulus parti 9 September
Muhyiddin serah borang pendaftaran Parti Bersatu
Muhyiddin ketika ditemui media di perkarangan pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) bakal meluluskan permohonan pendaftaran parti itu selewat-lewatnya 9 September ini.

Setiausaha Penajanya, Kamarulazman Habibur Rahman berkata, dalam pertemuan semalam, RoS memaklumkan kepada Presiden Penaja Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pihaknya tiada alasan untuk melengahkan kelulusan permohonan tersebut.

“Ini adalah kerana kita telah menepati segala kehendak dan syarat yang telah ditetapkan dalam permohonan bagi penubuhan sesebuah parti politik baru.


“Pihak RoS menjelaskan bahawa pihak mereka tiada sebarang halangan tentang tarikh tersebut memandangkan permohonan kita telah dikemukakan dengan kemas, lengkap dan tersusun bagi permohonan sesebuah parti politik baru,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 9 Ogos lalu, Muhyiddin menghantar permohonan pendaftaran parti baharu itu di pejabat RoS di Putrajaya.

Dalam pada itu, menurut Kamarulazman, wakil RoS berpuas hati dengan usaha dilakukan pihaknya dalam melaksanakan perubahan yang perlu terhadap segala teguran dan cadangan RoS.

“Kita mengharapkan tiada lagi sebarang halangan bagi kelulusan penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia selaras dengan kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri bahawa permohonan ini akan diluluskan tanpa sebarang masalah,” katanya.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Pas akan diganti oleh Amanah. Umno akan diganti oleh Bersatu.

Tiada jalan lain kecuali pas bergabung dgn umno. Lepas tu lantik Hadi jadi PM.

IrWrWs said...

Alhamdulillah semoga jadi kenyataan TGHA memimpin Malaysia!!

Semoga UMNO akan lenyap setelah wujudnya BESATU dan diikuti pula oleh PAN!!

Unknown said...

jianbin0924
michael kors outlet
louis vuitton
nike outlet store
mulberry handbags
coach outlet online
canada goose jackets
coach handbags
new balance outlet
ferragamo outlet
coach outlet canada

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.