Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ALANGKAH MALUNYA PAS DIPERMAINKAN ? ATAU PAS BUAT KEPUTUSAN MUKTAMAT TANPA DIPUJUK-PUJUK


Pas tetap optimis RUU 355 dibentang



Takiyuddin Hassan
Takiyuddin




KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan optimis Rang Undang-undang Persendirian (RUU) Akta 355 akan dibentangkan pada Mesyuarat ketiga, Penggal Keempat Parlimen ke 13, yang bermula semalam.

“Persidangan ini ada 25 hari, kita tak bimbang.

"Walaupun ada banyak RUU lain, saya yakin RUU Akta 355 akan dibentangkan kerana ia telah senaraikan dalam aturan usul,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Kota Bharu, usul itu lewat dibentangkan mungkin atas faktor urusan kerajaan diutamakan terlebih dahulu.

“Tapi saya masih optimis kita boleh bentang. Kalau tak sempat kali ini, mungkin pada masa akan datang. Parlimen masih panjang lagi,” katanya.

Beliau berkata, semalam ada enam RUU untuk dibaca buat kali kedua dan usul RUU Akta 355 berada di nombor empat.

“Hari ini kalau ikut aturan, ada enam RUU yang akan dibahas. Semalam di nombor empat, tapi hari ini usul ini diletak jadi nombor tujuh pula, saya pun tak faham juga,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang mengusulkan pindaan itu dilihat meninggalkan Dewan Rakyat kira-kira jam 10.30 pagi.

Beliau yang diasak dengan pertanyaan wartawan mengenai usul tersebut hanya tersenyum sebelum melambai pergi.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Kenapa perlu keluar????????
Mana semangat perjuangan islammu????

Anonymous said...

Bersangka baik aje la.
Mungkin dia kuar sbb sakit perut.

Anonymous said...

Klu ada rezeki bole la bentang.
Klu takde rezeki cuba lagi tahun depan.

Anonymous said...

Sanggup ke pm kehilangan menteri2 bukan islam klu ruu jadi dibentang?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.