Pas tetap optimis RUU 355 dibentang
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan optimis
Rang Undang-undang Persendirian (RUU) Akta 355 akan dibentangkan pada
Mesyuarat ketiga, Penggal Keempat Parlimen ke 13, yang bermula semalam.
“Persidangan ini ada 25 hari, kita tak bimbang.
"Walaupun ada banyak RUU lain, saya yakin RUU Akta 355 akan
dibentangkan kerana ia telah senaraikan dalam aturan usul,” katanya
ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Menurut Ahli Parlimen Kota Bharu, usul itu lewat dibentangkan mungkin atas faktor urusan kerajaan diutamakan terlebih dahulu.
“Tapi saya masih optimis kita boleh bentang. Kalau tak sempat kali ini,
mungkin pada masa akan datang. Parlimen masih panjang lagi,” katanya.
Beliau berkata, semalam ada enam RUU untuk dibaca buat kali kedua dan usul RUU Akta 355 berada di nombor empat.
“Hari ini kalau ikut aturan, ada enam RUU yang akan dibahas. Semalam di
nombor empat, tapi hari ini usul ini diletak jadi nombor tujuh pula,
saya pun tak faham juga,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang
mengusulkan pindaan itu dilihat meninggalkan Dewan Rakyat kira-kira jam
10.30 pagi.
Beliau yang diasak dengan pertanyaan wartawan mengenai usul tersebut hanya tersenyum sebelum melambai pergi.
4 orang berkata:
Kenapa perlu keluar????????
Mana semangat perjuangan islammu????
Bersangka baik aje la.
Mungkin dia kuar sbb sakit perut.
Klu ada rezeki bole la bentang.
Klu takde rezeki cuba lagi tahun depan.
Sanggup ke pm kehilangan menteri2 bukan islam klu ruu jadi dibentang?
Post a Comment