1MDB: 'Ketika jadi menteri tidak bantah'
KUALA LUMPUR - Dua bekas menteri yang membangkitkan rasa tidak puas
hati mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada persidangan Dewan
Rakyat kali ini disifatkan sebagai individu yang tidak berpendirian
tetap.
Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, Datuk
Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, semasa
memegang jawatan menteri, tidak pernah membantah, sebaliknya bersetuju
dengan pelaksanaan pelan rasionalisasi 1MDB.
"Soal rasionalisasi 1MDB diputuskan oleh kabinet dan ketika itu Shafie
menjadi menteri yang bersetuju kepada pelan itu... tapi kenapa masa itu
tiada bantahan.
"Saya pernah jadi menteri, selepas itu calon bebas bertanding lawan BN,
tetapi dalam kempen saya tidak mengungkit apa perkara yang saya
bersetuju bersama," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini,
hari ini.
Shahrir yang juga Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional
(BNBBC) berkata mereka seharusnya mempunyai prinsip tersendiri dan
bukannya bersifat populis kerana mahu menentang Barisan Nasional (BN).
Mohd Shafie, Ahli Parlimen Semporna yang juga bekas Menteri Kemajuan
Luar Bandar dan Wilayah mempersoalkan beberapa keputusan kerajaan
berhubung 1MDB ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di
Dewan Rakyat hari ini.
Semalam, Ahmad Husni iaitu Ahli Parlimen Tambun yang juga bekas Menteri
Kewangan Kedua turut membangkitkan isu sama selain menggesa kerajaan
menguruskan ekonomi negara lebih cekap dan telus.
Sementara itu, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata Ahmad
Husni dan Mohd Shafie sepatutnya memberi tumpuan membincangkan
kelemahan dasar dan bukannya soal pelaksanaan kerajaan semata-mata.
"Dalam Islam, pemimpin salah ditegur, bukan buang... 1MDB pada pokoknya
adalah amat baik, tetapi bermasalah dalam pelaksanaannya.
"Soal pelaksanaan dalam konteks 1MDB sekarang ada proses tertentu
(untuk penambahbaikan) yang tengah berjalan, kedua-dua mereka perlu
menunjukkan kematangan dalam perkara ini," katanya. - Bernama
12 orang berkata:
Mungkinkah kita terlalu risau kesedaran yang Allah kurniakan kepada orang lain?
SHAHRIL NI DAH DAPAT DEDAK JUTA2.....PERUT DAH KENYANG....
Bodo pak karamu neh...
Psk karamu tau tak kenapa menteri 2 org tu kena pecat dan gantung???
Bukankah sbb mereka menentang 1mdb??
Laen kali pikir dulu sblm tulis yer pak karamu.
Nampak sangat bangang hadi ko ikut.
Oiii bodo..
Husni berenti jadik menteri sbb dia da tak sanggup sekongkol dgn 1mdb dan mo1 la... jgn kata dia tak usaha tentang 1mdb plak...
Husni bukan mcm hadi tau. Dia bukan kaki jilateee mcm boss walaunta tau
Alhamdulillah husni dah sedar kong kalikong mo1. Sbb tu dia letak jawatan.
Ularmak ado??
Hadi yg tak sedar
Pak dol.
Kau jgn jadi ahli pas yg suka menyalak spt keldai dan anjing gila ye.
Sapa dpt 1 juta drp derma, dia mesti jadi kaki jilatee m01. Apatah lagi yg terima dedak 90j
Jangang pening2 & marah2 mr hadi.
Nanti darah tinggi naik bole kena stroke dan mampoooss
Sebodo2 nik aptoh, bodo lagi marang kerapu keundek
Teruskan tabur fitnah terhadap tghh moga kamu yang menabur fitnah akan dibalikkan hati berjuang untuk islam bersama2.
Ramainya pembenci tghh tapi tghh tetap berjuang untuk islam jangan risau teruskan perjuangan kamu untuk terus tabur fitnah tghh dan ahli pas kami ucapkan moga kamu diberi hidayah amin.
Post a Comment