Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CONTOH AHLI UMNO YANG TAK SETUJU 1MDB, RUPANYA RAMAI LAGI .....

1MDB: 'Ketika jadi menteri tidak bantah'
Mohd Shafie Apdal dan Ahmad Husni Hanadzlah
Mohd Shafie Apdal dan Ahmad Husni Hanadzlah

KUALA LUMPUR - Dua bekas menteri yang membangkitkan rasa tidak puas hati mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada persidangan Dewan Rakyat kali ini disifatkan sebagai individu yang tidak berpendirian tetap.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, semasa memegang jawatan menteri, tidak pernah membantah, sebaliknya bersetuju dengan pelaksanaan pelan rasionalisasi 1MDB.

"Soal rasionalisasi 1MDB diputuskan oleh kabinet dan ketika itu Shafie menjadi menteri yang bersetuju kepada pelan itu... tapi kenapa masa itu tiada bantahan.

"Saya pernah jadi menteri, selepas itu calon bebas bertanding lawan BN, tetapi dalam kempen saya tidak mengungkit apa perkara yang saya bersetuju bersama," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Shahrir yang juga Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) berkata mereka seharusnya mempunyai prinsip tersendiri dan bukannya bersifat populis kerana mahu menentang Barisan Nasional (BN).

Mohd Shafie, Ahli Parlimen Semporna yang juga bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mempersoalkan beberapa keputusan kerajaan berhubung 1MDB ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat hari ini.

Semalam, Ahmad Husni iaitu Ahli Parlimen Tambun yang juga bekas Menteri Kewangan Kedua turut membangkitkan isu sama selain menggesa kerajaan menguruskan ekonomi negara lebih cekap dan telus.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata Ahmad Husni dan Mohd Shafie sepatutnya memberi tumpuan membincangkan kelemahan dasar dan bukannya soal pelaksanaan kerajaan semata-mata.

"Dalam Islam, pemimpin salah ditegur, bukan buang... 1MDB pada pokoknya adalah amat baik, tetapi bermasalah dalam pelaksanaannya.

"Soal pelaksanaan dalam konteks 1MDB sekarang ada proses tertentu (untuk penambahbaikan) yang tengah berjalan, kedua-dua mereka perlu menunjukkan kematangan dalam perkara ini," katanya. - Bernama

12 orang berkata:

Anonymous said...

Mungkinkah kita terlalu risau kesedaran yang Allah kurniakan kepada orang lain?

Anonymous said...

SHAHRIL NI DAH DAPAT DEDAK JUTA2.....PERUT DAH KENYANG....

Anonymous said...

Bodo pak karamu neh...

Psk karamu tau tak kenapa menteri 2 org tu kena pecat dan gantung???

Bukankah sbb mereka menentang 1mdb??

Laen kali pikir dulu sblm tulis yer pak karamu.
Nampak sangat bangang hadi ko ikut.

Anonymous said...

Oiii bodo..
Husni berenti jadik menteri sbb dia da tak sanggup sekongkol dgn 1mdb dan mo1 la... jgn kata dia tak usaha tentang 1mdb plak...

Husni bukan mcm hadi tau. Dia bukan kaki jilateee mcm boss walaunta tau

Anonymous said...

Alhamdulillah husni dah sedar kong kalikong mo1. Sbb tu dia letak jawatan.

Ularmak ado??

Unknown said...

Hadi yg tak sedar

Anonymous said...

Pak dol.
Kau jgn jadi ahli pas yg suka menyalak spt keldai dan anjing gila ye.

Anonymous said...

Sapa dpt 1 juta drp derma, dia mesti jadi kaki jilatee m01. Apatah lagi yg terima dedak 90j

Anonymous said...

Jangang pening2 & marah2 mr hadi.
Nanti darah tinggi naik bole kena stroke dan mampoooss

Anonymous said...

Sebodo2 nik aptoh, bodo lagi marang kerapu keundek

Anonymous said...

Teruskan tabur fitnah terhadap tghh moga kamu yang menabur fitnah akan dibalikkan hati berjuang untuk islam bersama2.

Anonymous said...

Ramainya pembenci tghh tapi tghh tetap berjuang untuk islam jangan risau teruskan perjuangan kamu untuk terus tabur fitnah tghh dan ahli pas kami ucapkan moga kamu diberi hidayah amin.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.