Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KALO CAM TU SILAP SPEAKER LA YANG MENYEBAKANEMBANGKANG KELUAR

Bajet 2017 bukan sembang `kedai kopi'
Najib Tun Razak
Najib Tun Razak

ALOR SETAR - Semua inisiatif yang dibentangkan dalam Bajet 2017 akan dilaksanakan kerajaan dan bukan sekadar sembang 'kedai kopi', kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Othman Aziz.

Othman berkata dakwaan pihak tertentu yang menyatakan kerajaan tidak mampu untuk melaksanakan Bajet 2017 berikutan negara akan bankrap adalah tidak benar.

"Saya ingin tegaskan, apa yang dibentangkan dalam Parlimen semalam akan dilaksanakan kerajaan setelah semua aspek diteliti.

"Apa yang dibentangkan sudah masuk Parlimen dan rakyat Malaysia turut sama mendengar pembentangan tersebut, jadi kalau tidak dilaksanakan ia akan menjadi masalah," katanya kepada pemberita selepas menutup program Satu Komuniti Satu Jabatan Pengangkutan Jalan (SKSJ) di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, apa yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat dan negara.

Sementara itu, Othman menolak dakwaan bahawa Kedah tidak menerima apa-apa peruntukan dalam pembentangan Bajet 2017.

"Dakwaan itu tidak benar kerana Kedah ada menerima peruntukan tetapi tidak diumumkan secara terbuka kerana ia akan disalurkan melalui kementerian-kementerian.

"Maklumat terperinci mengenai bajet akan dikupas dalam tempoh seminggu ini cuma kita tidak tahu kecil atau besar peruntukan yang kita akan dapat," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berkata MADA menyambut baik keputusan kerajaan memperuntukkan RM1.3 bilion untuk subsidi harga padi, benih padi, baja padi dan termasuk padi bukit.

"Industri padi negara sememangnya memerlukan subsidi dan apabila dikekalkan ia menunjukkan bahawa kerajaan sangat mementingkan industri padi yang menjadi jaminan bekalan makanan negara," katanya. –Bernama

10 orang berkata:

Anonymous said...

silap dan betul bukan kat speaker tu,tapi ada kat pas..kalo pas kata betul2 la..kalo salah2 la..kalo jihad2 la hihi

Anonymous said...

Walaunta suma betol.
Takfir!!

Keh3

Anonymous said...

Yg ak plek, knapa krusi marang kepunden marang merapu kosong je??

Anonymous said...

Pas memang bagus tak tinggal dewan time bentang bajet. Cuma presden dia tak bagus.

Anonymous said...

Besok time bentang ruu 355, aku rasa lagi ramai kuar. Ramai akan ponteng

Anonymous said...

Silap2 masa bahas ruu355..dia pun ponteng..marang kerapu keponden..marang sial

Anonymous said...

Ponteng lagi hadi...bodoh!
Pas...haktuiihhh~

Anonymous said...

Nik abduh: kluar dewan x profesinal.

Aku: tak hadir dewan disbbkan perkara kecil, lagi x profesional.

* pdt aku, kluar dewan bangang, tak hadir dewan bahlul. Ini soal kepentingan rakyat dan bukan soal "terkecil hati" atau soal "tahnik satu org rakyat".

Guna otak la....

Anonymous said...

Yang bestnya zaman madey dulu, bonus 1 bulan atau 1 1/2 bulan sejak 1998.

Time najib.......??
Elaun tarakkk. Duit derma 500 hinggit. X apalah. Dulu sblm nak buat gst mcm2 cakap nak bg bonus la mcm2... Habuk tarak. Azmin jugak baguss bg 2 bulan bonus raya. Najib????? Habis bayor hutang 1mdb jaj

Unknown said...

saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.