Bajet 2017 bukan sembang `kedai kopi'
ALOR SETAR - Semua inisiatif yang dibentangkan dalam Bajet 2017 akan
dilaksanakan kerajaan dan bukan sekadar sembang 'kedai kopi', kata
Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Othman Aziz.
Othman berkata dakwaan pihak tertentu yang menyatakan kerajaan tidak
mampu untuk melaksanakan Bajet 2017 berikutan negara akan bankrap adalah
tidak benar.
"Saya ingin tegaskan, apa yang dibentangkan dalam Parlimen semalam akan dilaksanakan kerajaan setelah semua aspek diteliti.
"Apa yang dibentangkan sudah masuk Parlimen dan rakyat Malaysia turut
sama mendengar pembentangan tersebut, jadi kalau tidak dilaksanakan ia
akan menjadi masalah," katanya kepada pemberita selepas menutup program
Satu Komuniti Satu Jabatan Pengangkutan Jalan (SKSJ) di sini, hari ini.
Tambahnya lagi, apa yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak itu menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat
dan negara.
Sementara itu, Othman menolak dakwaan bahawa Kedah tidak menerima apa-apa peruntukan dalam pembentangan Bajet 2017.
"Dakwaan itu tidak benar kerana Kedah ada menerima peruntukan tetapi
tidak diumumkan secara terbuka kerana ia akan disalurkan melalui
kementerian-kementerian.
"Maklumat terperinci mengenai bajet akan dikupas dalam tempoh seminggu
ini cuma kita tidak tahu kecil atau besar peruntukan yang kita akan
dapat," katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)
berkata MADA menyambut baik keputusan kerajaan memperuntukkan RM1.3
bilion untuk subsidi harga padi, benih padi, baja padi dan termasuk padi
bukit.
"Industri padi negara sememangnya memerlukan subsidi dan apabila
dikekalkan ia menunjukkan bahawa kerajaan sangat mementingkan industri
padi yang menjadi jaminan bekalan makanan negara," katanya. –Bernama
10 orang berkata:
silap dan betul bukan kat speaker tu,tapi ada kat pas..kalo pas kata betul2 la..kalo salah2 la..kalo jihad2 la hihi
Walaunta suma betol.
Takfir!!
Keh3
Yg ak plek, knapa krusi marang kepunden marang merapu kosong je??
Pas memang bagus tak tinggal dewan time bentang bajet. Cuma presden dia tak bagus.
Besok time bentang ruu 355, aku rasa lagi ramai kuar. Ramai akan ponteng
Silap2 masa bahas ruu355..dia pun ponteng..marang kerapu keponden..marang sial
Ponteng lagi hadi...bodoh!
Pas...haktuiihhh~
Nik abduh: kluar dewan x profesinal.
Aku: tak hadir dewan disbbkan perkara kecil, lagi x profesional.
* pdt aku, kluar dewan bangang, tak hadir dewan bahlul. Ini soal kepentingan rakyat dan bukan soal "terkecil hati" atau soal "tahnik satu org rakyat".
Guna otak la....
Yang bestnya zaman madey dulu, bonus 1 bulan atau 1 1/2 bulan sejak 1998.
Time najib.......??
Elaun tarakkk. Duit derma 500 hinggit. X apalah. Dulu sblm nak buat gst mcm2 cakap nak bg bonus la mcm2... Habuk tarak. Azmin jugak baguss bg 2 bulan bonus raya. Najib????? Habis bayor hutang 1mdb jaj
saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.
Post a Comment