Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CARA DEMOKRASI SELALU KENA TIPU, MELAYU KUAT PENIPU, YANG KENA TIPU RAKYAT BANGANG !

http://buletinonline.net/images/stories/berita47/takir2.JPGKUALA NERUS - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengajak rakyat membuat perubahan secara damai melalui jalan demokrasi dengan menyertai pilihan raya yang diadakan di negara ini.

Beliau menegaskan, para ulama’ dan pendokong gerakan Islam memilih jalan pilihan raya bagi berdepan dengan orang Islam yang jahil.

“Islam menyuruh kita memilih cara damai selagi ada cara damai. Jika tidak ada cara damai barulah dengan cara perang. Kalau ada cara damai, pilih cara damai dulu.

“Kita pilih demokrasi, kita pilih pilihan raya kerana kita bukan berdepan dengan orang musyrikin kafir yang lawan (menentang) ‘totok’ (kekerasan),” tegasnya ketika berucap di majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (Dun) Seberang Takir, Khamis 12 Mei.

Penasihat Badan Perhubungan PAS Terengganu itu juga menjelaskan, golongan Islam yang jahil adalah orang-orang Islam yang melakukan ibadah solat, puasa dan menunaikan haji tetapi tidak faham ajaran Islam sebenar.

“Kita berdepan dengan orang Islam yang jahil, orang Islam yang tidak tahu, orang Islam yang tidak faham. Dia Islam, sembahyang macam kita, puasa macam kita, pergi umrah acap kali dari kita kerana dia ‘pitis’ (wang) banyak tetapi tidak faham, dia tidak ‘reti’ (tahu) sungguh.

“Jangan kita berkasar, jangan ingat orang reti (tahu) macam kita belaka. Mereka adalah anak-beranak kita, keluarga kita, sebangsa dengan kita. Mereka mengaku Islam tetapi tidak faham. Nabi (Muhamad) mengajar pujuk adalah yang pertama,” ujarnya.  

Ustaz Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang mendakwa, kemerdekaan negara pada tahu 1957 telah diatur oleh penjajah melalui anak didiknya.

Oleh kerana itu, katanya, kemerdekaan itu diperolehi oleh pemimpin Umno, dengan cara yang mudah serta terancang.

“Mereka (penjajah) mengatur supaya kemerdekaan itu diberi kepada anak-anak negeri yang dilatih, dididik dan diajar oleh mereka dengan fahaman mereka.

“Mereka (pemimpin) yang dilantik jadi ketua negara selepas merdeka ialah orang yang berkhidmat dengan penjajah melalui parti-parti kebangsaan seperti Umno.

“Umno menerima kemerdekaan yang diserah oleh British bukan dengan perjuangan menentang British, bukan dengan jihad.

“Kemerdekaan yang diserah dengan ‘dulang emas’ dengan mudah supaya penjajah balik tetapi pemerintahan negara bukan mengikut hukum Islam,” jelas Ustaz Abdul Hadi di hadapan lebih 300 petugas PAS.

Menurutnya, di Tanah Melayu ini pemimpin-pemimpin Islam yang berjuang menentang penjajah masuk penjara, dihukum gantung serta dibuang negeri.

Justeru itu, Ustaz Abdul Hadi mengajak ahli dan pendokong PAS berjuang dengan penuh yakin kerana parti ini ditubuhkan oleh para ulama’ yang mendokong gerakan Islam.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.