Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAP MASIH GUNA PAKAI PANDANGAN MCA TENTANG HUDUD

Nik Aziz: DAP ibarat ‘budak kecil takut hantu’

September 26, 2011
KOTA BARU, 26 Sept – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hukum hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan sama sekali tidak kena-mengena dengan masyarakat bukan Islam terutama DAP yang juga tiada sebab membantah undang-undang Islam itu dilaksanakan.

Ia kenyataan pertama beliau selepas petang tadi kepimpinan Pakatan Rakyat mengarahkan pemimpin-pemimpin parti komponen tidak membuat kenyataan isu berkenaan sehingga ia dibincangkan Rabu ini.

Sehubungan itu beliau menyifatkan DAP seperti “budak-budak kecil takutkan hantu” sedangkan hukum hudud sebenarnya lebih adil dan tidak membabitkan golongan bukan Islam.

“DAP nak keluar (gabungan pembangkang) pasal apa? Hudud untuk orang Islam dan apa hubungan dia (DAP) dengan orang Islam,” katanya kepada pemberita di kediaman Menteri Besar di sini hari ini.

Semalam,  Nik Aziz (gambar) berkata hukum hudud itu akan dilaksanakan di Mahkamah Syariah di Kelantan walaupun mendapat tentangan daripada DAP.

Malah semalam, pemimpin-pemimpin kanan DAP dilaporkan akan meletakkan jawatan beramai-ramai sekiranya terdapat usaha meletakkan matlamat menjadikan negara Islam atau melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Pada satu ceramah di Kuala Lumpur kelmarin, Nik Aziz menegaskan hukuman gantung sampai mati yang dilaksanakan dalam sistem perundangan negara ini lebih kejam daripada undang-undang Islam atau hukum hudud.

Jelas beliau, bagi jenayah berat seperti membunuh, merompak, menjual dadah dan sebagainya penjenayah boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati tetapi jika mengikut hukum hudud adalah potong tangan.

“Apa yang nak takut sangat (dengan hukum hudud)? Macam takut hantu... orang takut hudud macam takut hantu, tapi bila tanya apa itu hudud tidak tahu,” katanya lagi.

Petang tadi, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali meminta semua pemimpin Pakatan Rakyat tidak membuat sebarang kenyataan mengenai hukum hudud sehingga mesyuarat bulanan mereka lusa.

Ia adalah persetujuan yang dicapai antara beliau dengan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifudin Nasution Ismail dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke, katanya kepada pemberita.

Mustafa berkata, mesyuarat pada hari tersebut yang sepatutnya membincangkan mengenai Bajet 2012 tetapi akan meletakkan isu sensitif hukum Hudud sebagai keutamaan dan satu pendirian bersama akan dibuat.

2 orang berkata:

Anonymous said...

PAS perlu mengadakan expo bergerak ke seluruh pelusuk negara untuk menjelaskan kepada masyarakat bukan Islam tentang hudud. Antara isi pameran antaranya adalah penerangan, soal jawab, lakonan/pentomen dan forum yang menjurus implikasi hukuman itu kepada negara.

Selain diadakan pamplet penerangan pelbagai bahasa yang menjelaskan hudud yang ditakuti oleh UMNO. Malah jika perlu PAS mohon beri penerangan di dalam akhbar-akhbar pelbagai kaum melalui artikel berkaitan hudud dengan mengambil kira pandangan dari ilmuan Islam dari kalangan orang Cina dan India. Dengan itu UMNO/BN takkan mampu menakutkan masyarakat bukan Islam tentang hudud.

Perlu diingatkan bahawa kaum-kaum lain selain dari Melayu UMNO adalah terbuka pemikirannya, malah mereka mampu berfikir secara logik dan kritis dalam semua perkara.

raybanoutlet001 said...

birkenstocks
chicago bulls
new york knicks
michael kors handbags
chicago bulls jersey
sac longchamp
carolina panthers jersey
lions jerseys
air jordan uk
boston celtics jersey

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.