Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

YANG MENENTANG ADALAH KAFIR YANG NYATA

BAIK JIKA UMAT YANG BERNAMA ISLAM MERUJUK KEPADA AL QURAN DAN HADIS




Para nabi dan rasul sentiasa hadapi para penentang

Posted on Sunday, September 25 @ 22:00:00 PDT by paktam

Oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat 

DALAM catatan sejarah ada di kalangan nabi yang dibunuh oleh kaumnya. Conhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhfXwBfJgogPm7VoDKUckQW6KYbdTIFjce0d13jTYsPBDbsCMas5CekQeUlqIg4v0Ljv4mv_KuKM7KUmXO_Y2EI7G2p9zjY7qzua0nvMYc2v4iby7g8hDJEoP48zsyniJEMwo84sLcv7eU/s1600/tuan_guru_haji_nik_abdul_aziz_bin_nik_mat.jpgtohnya Nabi Yahya dan Nabi Zakaria a.s. dibunuh dengan kejam oleh kaumnya, iaitu dengan menanam hingga ke paras pinggang lalu digergaji hingga terbelah dua. 
 
Dibunuh kerana nabi berkenaan mempertahankan kebenaran, ajaran berdasarkan tauhid Allah SWT hingga ke akhir hayatnya.

Ketegasan pendiriannya amat jelas jika putih tetap dikata putih tanpa dolak dalih. Meskipun nabi berkenaan menemui ajalnya tetapi akhirnya ajaran mereka diterima juga oleh sebahagian manusia.

Sebagaimana kesah Firaun yang kejam hingga kanak-kanak tidak berdosa dibunuh untuk menyekat berita, dikhabarkan oleh para nujumnya yang mengatakan bakal muncul seorang yang akan menentangnya.

Namun Firaun gagal menyekat kemunculan orang yang dibimbangi, akhirnya dengan takdir Allah SWT orang yang ditakuti kemuculannya itu dibesarkan dalam istananya sendiri.

Oleh sebab usaha Nabi Musa berdakwah dan mengajar tidak kenal jemu dan putus asa, walaupun Firaun dan menteri-menterinya melawan tetapi dalam senyap isteri Firaun turut menganuti ajaran Musa a.s.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan datanglah seorang lelaki dari hujung kota bergegas-gegas seraya berkata; hai Musa, sesungguhya pembesar negeri sedang berunding tentang kamu untuk membunuhmu, sebab itu keluarlah (dari kota ini) sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang memberi nasihat kepadamu.” (Surah Al-Qashas ayat 20)

Lelaki yang datang memberitahu Nabi Musa a.s. semestinya orang yang beriman dengan Nabi Musa, menunjukkan selain dari isteri Firaun terdapat juga lelaki yang beriman dengan ajarannya.

Walaupun Musa ditentang dan dihalang, tetapi kesudahan ajarannya diterima juga oleh segolongan manusia.

Nabi Musa a.s. bukan saja berjaya dalam dakwah senyapnya, hingga ramai di kalangan rakyat jadi pengikut Musa beriman kepadanya. Malah berjaya membawa pengikutnya menyelamatkan diri daripada ancaman maut Firaun dan tenteranya.

Dengan pertolongan Allah SWT maka lautan yang jadi halangan, terbelah menjadi lebuh raya selamat untuk Musa a.s. dan pengikutnya.

Sebaliknya ia jadi perangkap maut kepada Firaun dan tenteranya. Demikianlah kisah sejarah nabi-nabi yang terdapat dalam al-Quran. Adapun sejarah orang-orang jahat, terdiri para penentang mendustakan nabi-nabi dan para rasul a.s. wassalam teredapat dalam al-Quran.

Antaranya ialah bangsa ‘Aad dan Tsamud, yang kini pupus generasi keturunannya dilenyapkan oleh Allah SWT daripada muka bumi ini.

Bangsa yang pada zamannya bertamadun tinggi, sebagaimana yang dinyatakan oleh firman Allah SWT bermaksud: “Apakah kamu tidak memerhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum ‘Aad?” “Iaitu penduduk Iram yang mempunyai bangunan bangunan yang tinggi,” “yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu di negeri-negeri lain,” “dan kaum Tsamud yang memotong batu besar di lembah, dan kaum Firaun yang mempunyai pasak-pasak (tentera yang banyak).” (Surah Al-Fajar ayat 6 hingga 10)

Bangsa-bangsa yang gagah perkasa dan bertamadun tinggi pun boleh dilenyapkan, baka generasinya pupus daripada muka dunia ini.

Insan daripada kalangan bangsa yang miskin dan lemah takkan Allah SWT tidak boleh melenyapkan juga sekiranya terdiri daripada penentang nabi dan rasul a.s. wassalam.

Dengan demikian akan rasa gerun dan gentar untuk mengingkari, apatah lagi mencabar Allah SWT dan utusan- Nya seperti kaum ‘Aad dan Tsamud.

Demikianlah kisah-kisah golongan penentang para nabi dan rasul termuat dalam al-Quran. Sewajarnya menjadi iktibar dalam kehidupan insan beriman.

Kesan yang mendalam di hati pembaca al-Quran yang memahami maksudnya, iaitu merasa dukacita takut dan penuh harap, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: ‘Tuhan kami ialah Allah’ kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): ‘Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan gembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu.” “Kamilah pelindungpelindungmu dalam kehidupam dunia dan di akhirat; di dalamnya kamu memperolehi apa yang kamu inginkan dan memperolehi (pula) di dalamnya apa yang kamu pinta.” (Surah Fush-shilat ayat 30 dan 31)

Ayat ini menceritakan bahawa orang yang beriman, istiqamah dan cekal hatinya dengan keimanannya.

Allah SWT turunkan malaikat lalu tiupkan ke dalam hatinya semangat, menyebabkan dia merasa lekeh terhadap pengaruh dan rintangan dunia. Dan perlihatkan gambaran syurga jelas di hatinya hingga rela tinggalkan kemilau duniawi.

Hingga dia rela bangun pada malam yang dingin untuk mencari kelebihan daripada Allah SWT melalui solat malam, kerana dia telah terbayang dan ternampak-nampak kegemilangan syurga yang ditayangkan oleh Allah SWT.

Terkesan di hati apabila berdepan dengan ayat-ayat Allah SWT yang bersifat ‘Ar-Rojaa’ (menaruh harap).

Di antara kesan membaca al-Quran ialah merasa takut hendak melakukan perkara maksiat yang membawa dosa. Kerana dosa itu membawa kepada kemurkaan Allah SWT, yang mengakibat terjerumus ke kawah azab neraka.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.