Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK PA LA ASALKAN DIA BOLEH MENGUNDI

Warga Bangladesh dituduh cabul pelajar kolej swasta

September 26, 2011
KUALA LUMPUR, 26 Sept – Seorang  lelaki warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini Isnin terhadap tuduhan mencabul seorang pelajar wanita kolej swasta, enam hari lalu.

Pekerja pasar raya Md Kamruzaman Chansarif, 28, didakwa mencabul kehormatan dengan memeluk dan mencium pipi pelajar berusia 19 tahun itu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan lif Tingkat 5, Kolej Segi, No. 33-35, Jalan Hang Lekiu, Dang Wangi di sini kira-kira 12.30 tengah hari, 20 September lalu, lapor Bernama Online.

Md Kamruzaman yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh tidak memohon kepada mahkamah untuk diikat jamin atas alasan tiada penjamin.
Majistret Siti Shakirah Mohtarudin menetapkan 31 Oktober untuk sebutan kes dan bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.
Pendakwaan dilakukan Cif Inspektor D.R. Ghanthi Nathan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.