Tuesday, September 27, 2011
Penulis UMNO Syed Hussein Al-Attas Sudah INSAF?
Menurut pendedahan Saudara Sayuti Omar (MSO) semalam, ada seorang penulis Umno dan menghasilkan buku menjelang perhimpunan agung Umno telah merasa 'kesal' kerana membelasah dan memburukkan Anwar selama ini.
Antara dialog Anwar Ibrahim dan MSO ialah :
DSAI : "You tahu Sayuti _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ telah jumpa dengan _ _ _ _ _?"
MSO :"Siapa?"
DSAI : "_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _" Saya membelalakkan mata ke langit.
Menurut Anwar penulis itu telah memberi tahu pemimpin PKR itu yang dia sendiri sudah kebingungan kerana dia telah melakukan apa saja untuk menjatuhkannya (Anwar) tetapi tidak jatuh malahan rakyat semakin simpati dan menyokong perjuangan bekas TPM dizalimi itu.
"Saya telah ambil duit Umno, dan Umno telah melaklukan semua cara dan strategi untuk menghapuskan Anwar, tuduh liwat, zina, sebar video dan sebagainya.. tetapi Anwar tak juga hancur-hancur. Ini sesuatu yang memelikkan," begitulah kata penulis itu seperti mana cerita Anwar kepada MSO.
Kerana itu menurut Anwar penulis itu menjelaskan kepada pemimpin PKR itu dia sudah bertaubat dan mahu menebus dosa-dosanya yang dibuat ke atas Anwar selama ini dengan menulis sesuatu yang bermakna untuk membela Anwar sekaligus menebus dosanya.
"Saya sudah insaf dan saya harap Anwar akan memaafkan saya," begitulah kata penulis itu dipetik? Anwar sendiri merasa pelik dan kagum dengan sikap dan perubahan penulis yang sangat prolifik satu masa itu.
OK...
Sekarang berdasarkan pengamatan saya hanya ada seorang penulis Umno yang 'digambarkan' oleh MSO, iaitu SYED HUSSEIN atau lebih dikenali sebagai Pak Habib.
Buku berjudul 'Tuhan, Politik dan Seks' ini digunakan untuk menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sambutan ulangtahun ke-65 Umno di Kuala Lumpur. Turut dihentam di dalam bukunya ialah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Syed Hussein memperuntukan satu bab dengan tajuk “Nik Aziz: Ulamak Nyanyuk”.
Bagaimanapun ini adalah pandangan peribadi saya sahaja. Boleh jadi BENAR dan boleh jadi SALAH. Saya rasa tidak lama lagi kita semua akan tahu siapak penulis itu apabila ia akan menerbitkan bukunya yang menjadi ANTI kepada buku-buku yang ditulisnya mengenai Anwar Ibrahim selama ini
Azwan Ali bertemu Anwar Ibrahim di majlis Rumah Terbukan Azmin Ali. (foto : Minaq Jinggo)
Azwan Ali pun boleh berubah, takkan Pak Habib tak boleh. Sebab itulah ada Adagium Politik, “Tiada kawan atau lawan yang abadi, yang ada hanyalah kepentingan abadi,” atau “Politik merupakan siapa mendapat apa.”
0 orang berkata:
Post a Comment