Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Isnin, 26 September 2011

UMNO patut mallu Non muslim sokong hudud



"Kuala Lumpur, 24 September 2011 - Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Mohd Khairuddin Razali menempelak UMNO kerana masih gagal menyatakan pendirian rasmi yang tegas dan jelas menyokong perlaksanaan Undang-undang Jenayah Hudud sepertimana yang dihasratkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim.

"UMNO sepatutnya rasa malu dengan kenyataan Timbalan Ketua DHPP Pusat (Dewan Himpunan Penyokong PAS), N. Balasubramaniam yang mahukan agar Undang-undang Hudud menggantikan Akta zalim ISA", kata beliau ketika dihubungi semalam.

"Kami mengucapkan syabas kepada beliau kerana berani menyatakan kebenaran walaupun beliau bukannya seorang yang beragama Islam, tetapi itulah hakikat yang diluahkan oleh beliau", ujar beliau lagi.

Kenyataan beliau ini merujuk kepada satu laporan berita sepertimana yang telah disiarkan dalam Harakahdaily baru-baru ini. Berikut adalah petikan berita tersebut daripada Harakahdaily:


DHPP Mahu Hudud Ganti ISA

JERANTUT, 22 Sept: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat menyambut baik pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini, namun mahu akta yang baru diganti dengan hudud.

Timbalan Ketua DHPP Pusat, N. Balasubramaniam, berkata pemansuhan tersebut menampakkan kerajaan telah insaf dengan kesalahan menggunakan hukum yang zalim itu jadi sewajarnya digantikan dengan undang-undang yang adil.

"Secara peribadinya, saya melihat penggantian dua akta baru kepada ISA seperti yang diumumkan itu tidak perlu diwujudkan sebaliknya digantikan dengan pelaksanaan hukum hudud.

"Hukum hudud itu lebih dekat dengan keadilan kerana penggubalannya tidak terikat dengan politik atau kepentingan kelompok tertentu, sedangkan akta baru dikhuatiri jelmaan roh ISA yang asal juga," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak memansuhkan undang-undang peninggalan penjajah ISA dalam Perutusan Khas Hari Malaysia minggu lalu.

Sebaliknya Najib memaklumkan dua undang-undang baru akan digubal (sebagai ganti) bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Dalam perutusan itu juga, Najib turut mengumumkan pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 selain akan mengkaji semula Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan seksyen 27 Akta Polis 1967.

Tambah Bala, oleh kerana kerajaan sudah sedar bahawa selama ini negara menggunakan undang-undang yang salah dan zalim beliau sependapat dengan kenyataan Mohamad Sabu yang mahukan kerajaan memohon maaf secara terbuka kepada mangsa tahanan ISA terdahulu.

"Adab orang yang sudah membuat salah, mestilah meminta maaf. Bahkan ganti rugi kepada mangsa juga perlu memandangkan sebahagiannya telah dipandang serong oleh masyarakat sedangkan kesalahan mereka tidak pernah dibuktikan di mahkamah.

"Selain daripada kerjaya mereka musnah sehingga pendapatan mereka terjejas. Apa lagi terpaksa meninggalkan anak-anak yang terpaksa berhadapan dengan tohmahan umum dan sentiasa hidup dalam ketakutan.

"Mangsa telah menanggung kerugian yang teruk dan dijatuhkan maruah, jadi mengapakah kerajaan tidak boleh memohon maaf dan memberi ganti rugi," soalnya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.