Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kit Siang minta Najib jawab 5 isu utama
Posted on Monday, September 26 @ 09:00:13 PDT by paktam

KUALA LUMPUR: Janji-janji Dato’ Seri Najib Razak untuk melakukan transformasi politik dan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hanya boleh dipercayai jika Perdana Menteri berani menangani lima persoalan utama.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan, memperincikan persoalan tersebut:


“Adakah dengan pemansuhan ISA dan pindaaan undang-undang lain akan dilaksanakan sebelum pilihan raya umum akan datang atau ia cuma umpan janjijanji pilihan raya BN?


“Adakah undang-undang yang akan menggantikan akta-akta zalim yang dimansuhkan itu bakal melahirkan undang-undang yang sama kejamnya dalam bentuk baru; contohnya, memansuhkan ISA tetapi menggubal undang-undang baru yang sama seperti ISA?

“Adakah Najib akan menyokong pemansuhan undang-undang zalim dan kejam seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi?

“Adakah Najib sanggup memansuhkan semua peruntukan dalam undang-undang yang selama ini telah memperlekehkan doktrin pemisahan kuasa termasuk yang tidak membenarkan penelitian semula (judicial review) terhadap keputusan kuasa eksekutif?

“Adakah Najib akan menyokong usul di Parlimen untuk menerima konvensyen- konvensyen hak asasi antarabangsa, khususnya Piagam PBB mengenai Hak Sivil dan Politik serta Piagam PBB mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya?”

Lim berkata kejayaan rakyat mendesak Najib untuk berjanji menghapuskan ISA adalah melalui usaha serius menentang penindasan dan penipuan kuasa, terutamanya melalui perhimpunan aman Bersih 2.0.

“Sebelum Najib berangan- angan mahu menjadikan Malasia sebagai ‘negara demokrasi terbaik di dunia’, beliau perlu menjelaskan kepada rakyat, bila beliau mahu menarik balik pengharaman Bersih 2.0 dan bila beliau akan menarik balik tuduhan terhadap mereka yang ditangkap kerana kempen Bersih 2.0?” soalnya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.