Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wacana merdeka meriah kerana Mat Sabu



Pakar sejarah sanggah hujah dangkal profesor pro-Umno
 
Posted on Monday, September 26 @ 08:01:51 PDT by paktam

Oleh Ahmad Lutfi Othman

CUBA bayangkan sambutan terhadap Wacana Merdeka, anjuran Jabatan Sejarah Universiti Malaya, 13 September lalu, sekiranya tidak dibantu kontroversi ucapan Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS. 

Mungkin program sehari di Dewan Kuliah A, Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) itu akan mengulangi kelaziman aktiviti akademik lain, yang selalunya menyaksikan lebih banyak kerusi yang kosong.

Namun wacana “Menghargai Perjuangan Kemerdekaan” (temanya seakan klise dan gagal memikat imiginasi) kelihatan cukup segar dan berjaya mencuri perhatian, hinggakan program berkenaan dapat dimulakan mengikut tentatif program, sekitar jam 8.30 pagi, dan dewan pula penuh dengan peserta. 

Saya sendiri, yang dimaklumkan tentang majlis berkenaan, dua hari sebelum itu oleh seorang teman, Faisal Tehrani, terpaksa me nempuh kesesakan jalan raya (sesuatu yang saya cuba elak se lepas menjalani pembedahan bypass CABG dan diserang strok) untuk sampai awal ke UM. 

Dekan FSSS, Prof Dr Mohammad Redzuan Othman dan pakar sejarah, Prof Dr Mohamad Abu Bakar, pada sesi pertama wacana turut mengakui “faktor Mat Sabu”, yang dikira menyebabkan wacana mendapat sambutan baik. 

Ya, sesuatu yang agak luar bia sa apabila wacana berkaitan se jarah, subjek tentang masa lam pau yang selama ini mungkin dianggap membosan, telah me nimbulkan polemik berpanjangan, yang dirancakkan oleh peng libatan pelbagai pihak. Tibatiba sahaja begitu ramai orang ber cakap tentang masa silam dan berbicara seolah-olah tokoh sejarah! 

Dari sisi lain, hanya dengan penglibatan orang politik seperti Mat Sabu barulah sesuatu isu itu berjaya “dimartabatkan” sebagai agenda nasional. 

Terima kasih Mat Sabu, yang namanya disebut beberapa kali da lam wacana tersebut, disusuli tepukan. Meskipun terpaksa meniti garis kontroversi, dilempar de ngan pelbagai ugutan, kecaman dan ancaman fizikal, beliau berjaya mengetengahkan isu sejarah kemerdekaan, untuk didebatkan secara terbuka. Banyak perkara yang tersimpan kini mula dibongkar. 

Dr Redzuan mengakui, mutakhir ini, sama ada di majlismajlis rumah terbuka Aidilfitri atau kenduri, juga melalui panggilan telefon dan pertanyaan SMS, beliau tidak menang tangan untuk menjawab isu berkaitan sejarah kemerdekaan negara. 

Namun, sebagai seorang ahli akademik, yang terikat dengan pelbagai peraturan dan sekatan, persoalan itu sukar dijawab dengan baik oleh Dr Redzuan. Saya sendiri pun tidak mudah untuk mendapat reaksi beliau. (Ruginya warga Malaysia yang tidak dapat berkongsi ilmu dan pengalaman dengan para sarjana dan golongan intelektualnya, terutama dalam bidang “sensitif dan kritikal”). 

Apa pun, menarik sekali ungkapan Prof Mohamad Abu Bakar, bahawa selama ini yang seringkali sukar diteka adalah masa depan tetapi kini, yang payah ditebak adalah masa lampau (unpredictable past). 

Dalam interbiunya bersama Harakah (terbitan 23-25 September), yang turut diedarkan kepada peserta wacana, beliau merumuskan: “Sejarah Malaysia akan berpotensi mengalami transformasi lagi sekiranya suluhan kritis dibuat terhadap tokoh-tokoh yang selama ini diidolakan, atau pejuang yang selama ini terbenam dalam lipatan sejarah dicungkil dan di nobatkan sebagai wira. Inilah yang sedang berlaku sehingga tercetusnya kontroversi di sekitar Bukit Kepong.” 

Dr Redzuan, seperti lazimnya, membentangkan pengaruh Timur Tengah dalam membangkitkan kesedaran sosial dan politik di ka langan orang Melayu. Beliau me nyanggah pandangan yang cu ba memisahkan gelombang ke bangkitan menentang MalayanUnion pada 1946 dengan peranan pemimpin agama, yang berpusat di madrasah, yang merupakan ja ringan paling berkesan menyebarkan kesedaran ini. 

Sesungguhnya perjuangan menentang penjajah tidak pernah putus sejak 1511 sehinggalah 1957.
“Gambaran yang diberi se olaholah Dato’ Onn Jaafar seorang pe mimpin nasional yang secara tiba-tiba muncul dan popular di kalangan orang Melayu,” katanya. 

Dato’ Onn tentunya memerlukan jaringan dan pandekatan yang me libatkan massa, yang ketika itu dikuasai ulama, terutama yang mendirikan madrasah. 

(Selain penubuhan madrasah yang berkembang pesat, Dr Redzuan turut menekankan soal pe nerbitan akhbar sebagai instrumen membangkitkan kesedaran bangsa, terutama Al-Imam (1906- 1908), yang diasaskan oleh Syed Syeikh Al-Hadi bersama Syeikh Tahir Jalaludin). 

Beliau sepakat dengan Mohamad Abu Bakar, yang mengaitkan perjuangan menuntut kemerde kaan dengan permainan bola sepak. Ternyata mereka mahu pengiktirafan diberikan kepada semua pihak yang terbabit. 

“Malangnya, sumbangan pejuang-pejuang (agamawan) ini terkadang tidak disebut, se perti juga pemain bolasepak, siapa yang menjaring gol sahaja yang didewadewakan, sedangkan pemain lain turut bertungkus-lumus untuk me menangkan pertandingan,” kata Dr Redzuan. 

“Kebetulan penyumbat gol ada lah Umno,” ujar Mohamad Abu Bakar. Malanglah, katanya, ba gi pemain lain, yang tidak menjaringkan gol, apatah lagi buat pen jaga gol seperti Apek (penjaga gol pasukan kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat), disambut gelakketawa peserta. 

Dr Redzuan yang membuat kajian peringkat PhD mengenai pe ranan dan pengaruh Timur Tengah kepada masyarakat Me layu turut menyentuh mengenai kesedaran pelajar Melayu di Mesir tentang ke merdekaan, pada awal abad ke-20, yang ditampilkan dalam akhbar Ittihad (1913), Neracha dan Seruan Azhar (1925). 

Dalam bukunya, Islam dan Ma syarakat Melayu; Peranan dan Pe ngaruh Timur Tengah, dicatatkan: “Isu tentang betapa perlunya Tanah Melayu ... membebaskan diri daripada penjajahan juga di tekankan secara khusus oleh Seruan Azhar dalam keluaran bulan Oktober 1927. Dalam keluaran ini, keperluan menjadi sebuah negara merdeka ditekankan kerana dengan hidup merdeka bangsa dapat hidup bebas dan negara berkembang dengan maju.” 

Dr Redzuan turut menarik per hatian peserta wacana apabila mendedahkan bahawa pada waktu pelajar Melayu di Mesir pada 1920-an ghairah berbicara soal membebaskan Tanah Melayu daripada penjajah, sekelompok pelajar Melayu di London, seperti disebutkan dalam memoir Tunku Abdul Rahman, masih berfoyafoya di kelab malam di sana! 

Lebih menarik apabila di akhir pembentangannya beliau me nunjukkan gambar mayat Tok Janggut, yang digantung dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas oleh British. 

“Cuba perhatikan gambar ma yat Tok Janggut, yang diarak di seluruh Kota Bharu, tetapi jangan tumpu kepada Tok Janggut sahaja, perhatikan di sebelahnya, yang juga orang Melayu memakai songkok, ini adalah polis yang berkhidmat di zaman British,” kata Dr Redzuan sinis. 

Ucapan penutupnya itu disambut tepukan bergemuruh. Tidak pasti apakah yang tergambar da lam fikiran sebahagian besar pe serta ketika itu; mungkinkah min da mereka segera merujuk ke pada kes serangan di balai polis Bukit Kepong, seperti ditimbulkan Mat Sabu dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasik Gelugor, 21 Ogos lalu. 

Saya kira ramai peserta menghadiri wacana itu bagi mendapatkan penjelasan tentang persoalan semasa, termasuk mengenai dakwaan bahawa negara kita tidak per nah dijajah British. Dan bagi saya jawapan Dr Ahmad Kamal Ariffin Muhd Rus, pensyarah Ja batan Sejarah UM, yang membentangkan kertas kerja bertajuk Status Negara-Negeri Melayu pada Era Pentadbiran British, mampu memecahkan kebuntuan. 

“Adalah mustahil untuk mendakwa kita tidak dijajah British,” tegasnya, menjawab soalan. Beliau turut mengemukakan hujah yang selalu digunakan, iaitu Artikel 6, Perjanjian Pangkor (20 Januari 1874) bahawa segala nasihat yang diberikan Residen British hendaklah diambil tindakan oleh Sultan kecuali yang menyentuh soal agama Islam dan adat istiadat Melayu. 

Kedudukan tersebut diperkukuh kan dalam Artikel 10 yang me nyebut bahawa pungutan dan kawalan terhadap hasil pendapatan serta pentadbiran negeri hendaklah ditadbir dengan nasihat Residen. 

“Dari segi undang-undang, ke dudukan Negeri-Negeri Melayu (NM) pada era pentadbiran British sememangnya bertarafkan Negeri Lindungan. Namun begitu, dalam amalan, keseluruhan perjalanan pentadbiran dalaman NNM sememangnya dikuasai pihak British. Ini bermakna, disebabkan penguasaan itu, pada realitinya NNM se memangnya dijajah,” kertas ker janya dipetik. 

“Meskipun terdapat perjanjian bagi membolehkan pihak British seolah-olah diberi izin oleh pihak yang berdaulat untuk menjalankan pentadbiran, namun dalam banyak hal kandungan perjanjian tersebut memberi ruang kepada pegawai British berperanan sebagai pemerintah de facto. 

“Kawalan British terhadap dua elemen pemerintahan yang ter penting, iaitu kewangan dan undang-undang, dilakukan dengan seni muslihat yang paling licik. Malah pada 1909, Raja-Raja Melayu di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pernah dilucutkan ke daulatan baginda terhadap undang-undang dengan kaedah yang sengaja ditaksakan biarkan disedari ia merupakan satu kesalahan,” tegasnya. Dr Ahmad Kamal juga mene kankan bagaimana Residen Bri tish yang menguasai kawalan dan pengurusan kewangan Negeri- Negeri Melayu mesti mendapat kelulusan gabenor di Singapura ketika menyediakan belanjawan tahunan NNM. 

“Malah Residen British diarahkan untuk tidak membentangkan draf belanjawan kepada peme rintah Melayu. Residen Douglas (Selangor) diberi amaran keras apabila mengajukan draf belanjawan kepada gabenor dengan cop mohor sul tan. Douglas diingatkan beliau ti dak berkhidmat di bawah cop mo hor Raja-Raja Melayu,” ujarnya. 

Ya... seperti kesimpulan Mohamad Abu Bakar: “Apakah orang Melayu akan mengatakan mereka dijajah hanya selepas dikenakan tindakan ganas dan buas?” 

Apakah jika penjajahan itu dilakukan dalam bentuk halus dan licik, walaupun kesannya cukup sengsara dan pedih, maka kita dikira masih bebas dan merdeka? 

Te tapi, aneh ya, kalau tidak dijajah, menga pa ada gerakan kemerdekaan dan ada pula bapa kemerdekaan?

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.