KABO NYE YOB MASA RAFIDAH JADI MENTERI ADA JUGA ISU LESAP RM 200 JUTA, BETUL KE ? ORANG YANG DIKATAKAN BERTANGGUNG JAWAB DITUKARKAN KAT JPA. IYE KE ?
KKLW: Tawar 125 projek terbuka, dakwa rugi RM400j tak munasabah
November 16, 2011
KUALA LUMPUR, 16 Nov — Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menafikan dakwaan pembangkang bahawa pihaknya telah membelanjakan lebih RM400 juta tahun ini atas alasan 67 projek tender terbuka tidak dikurniakan kepada pembida menawarkan harga terendah dan disyaki wujud amalan rasuah.
Minggu lalu Timbalan Setiausaha Agung DAP Datuk Ngeh Koo Ham berkata, daripada 209 projek yang dirancang untuk dilaksanakan sepanjang 2011, kementerian hanya mengurniakan 129 projek termasuk hanya 68 ditawarkan secara terbuka.
Dalam kenyataan dikeluarkan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menjelaskan, kesemua penilaian tender telah dijalankan secara telus.
“Kementerian ingin menjelaskan, kesemua penilaian tender telah dijalankan menerusi Jawatankuasa Penilaian Tender Kerja, yang dibentuk berdasarkan garis panduan Perbendaharaan dan Jabatan Kerja Raya,” kata kenyataan itu.
Sambil menegaskan kementerian telah mematuhi garis panduan, kenyataan itu menambah, harga titik potong adalah paras paling rendah dipertimbangkan sebagai munasabah.
“Jika harga tender adalah lebih rendah daripada harga titik potong, maka formula yang terdapat dalam garis panduan akan menggambarkan yang ini adalah terlalu rendah dan oleh itu kemungkinan tidak semestinya akan memastikan kejayaan projek.
“Jika harga tender adalah terlalu rendah atau tinggi, ia akan dianggap sebagai aneh dan tidak akan dipertimbangkan,” kata kenyataan itu lagi.
Jelas kenyataan tersebut, penilaian oleh jawatankuasa penilaian adalah berdasarkan beberapa kriteria seperti keperluan modal minimum, prestasi kerja semasa, pengalaman masa lalu serta keupayaan kewangan dan teknikal.
“Oleh itu, hanya pembida dalam lingkungan harga titik potong dan mereka yang memenuhi kriteria-kriteria ditetapkan akan disyorkan dan dipertimbangkan oleh Lembaga Tender kementerian,” jelas kenyataan itu.
Justeru katanya, persoalan menolak pengurniaan projek-projek tender terbuka kepada pembida-pembida layak pada harga yang rendah tidak timbul.
“Harga terendah akan dipertimbangkan jika dalam lingkungan titik potong dan sebagai tambahan memenuhi keperluan kewangan dan teknikal,” katanya lagi.
Ia menambah, menjadi tugas dan tanggungjawab kementerian mengadakan kontrak berdasarkan prinsip-prinsip nilai yang terbaik, termasuk analisis kapasiti dan keupayaan pembida untuk menjalankan kerja bagi memenuhi standard diperlukan oleh spesifikasi-spesifikasi.
“Atas sebab ini, proses penilaian tender yang terperinci dan berhati-hati dijalankan menurut prosedur sebelum sebarang keputusan dibuat.
Selain itu menurut kenyataan tersebut, Ngeh mendakwa bahawa kementerian telah mengurniakan 129 projek dengan hanya 68 menerusi tender terbuka.
“Sebenarnya kementerian telah mengurniakan 125 tender secara terbuka,” kata beliau lagi. Keduanya, kata kenyataan tersebut, contoh yang diberikan oleh Ngeh mengenai satu projek di mana bidaan dibolehkan sehingga paras RM7,775,000 tetapi kementerian mengurniakan tender pada harga RM41,736,809.77 adalah satu contoh harga bidaan yang janggal memandangkan harga purata bidaan adalah sekitar RM40 juta.
“Kementerian mahu mengingatkan YB Ngeh bahawa tender terbuka tidak semestinya penganugerahan kepada tender terendah; ada kriteria lain dan kelayakan yang perlu dilaksanakan.
“Atas fakta-fakta disebutkan ini, dakwaan oleh YB Ngeh bahawa RM500 juta duit pembayar cukai hilang ekoran penganugerahan secara tidak betul projek-projek ini adalah tidak berasas sama sekali,” jelas kenyataan.
Dalam kenyataannya, Ngeh berkata meskipun tender terbuka diadakan bagi 68 projek, kesemua tidak diberi kepada pembida terendah kecuali satu.
Oleh itu kata Ahli Parlimen Beruas ini, ada sebab untuk mengesyaki kewujudan amalan rasuah dalam proses itu.
0 orang berkata:
Post a Comment