Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BUKANKAH ZAID TU MEWAKILI PR ?

Pakatan buat permohonan baru sebaik ROS beri respons rasmi

November 16, 2011
 
KUALA LUMPUR, 16 NovPakatan Rakyat mahu Pendaftar Pertubuhan (ROS) memberi respons bertulis berhubung status permohonan mendaftarkan perikatan itu sebagai parti, kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin berkata sehingga kini agensi itu tidak memberi jawapan hitam putih berhubung perkara tersebut kecuali hanya diketahui menerusi media massa.

Dipetik Harakahdaily, katanya, jawapan ROS penting sebelum pihaknya mengemukakan permohonan baru.

“ROS mestilah keluarkan keputusan hitam putih terhadap status permohonan terdahulu yang melibatkan Datuk Zaid Ibrahim. “Kalau dia kata tolak, tolak . . . alasanya apa, Zaid tak anggotai PKR,” katanya.

Baru-baru ini Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman berkata permohonan mendaftar Pakatan Rakyat secara automatik terbatal selepas Zaid selaku pemohon telah meninggalkan PKR, anggota komponen Pakatan Rakyat.

Beliau juga mendakwa, Pakatan Rakyat tidak pernah mengemukakan permohonan baru selepas dari itu.

Saifuddin berkata Pakatan Rakyat telah melantik ahli jawatankuasa PAS pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar untuk menggantikan tempat Zaid dan permohonan baru telah dilakukan kepada ketua penolong Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

Namun ujarnya, ketua penolong pengarah tersebut enggan menerimanya bagi pihak ROS kerana mendakwa permohonan terdahulu belum dimuktamadkan oleh ROS.

“Kita membuat susulan dari masa ke masa. Kes itu tertangguh sehingga ketua pengarah ROS kata kita tak buat apa-apa.
“Majlis Presiden (Pakatan Rakyat) juga bersetuju untuk satu permohonan baru kita kemukakan sepantas mungkin apakala keputusan ROS itu diketahui,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.