Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BUATLAH APA CERITA SEKALIPUN, NAMUN RAKYAT TAHU BN DALAM TENAT

180 keluar PKR cerita BOHONG!


Suhaimi Saari Bekas Naib Ketua Cabang PKR Petaling Jaya Selatan (gambar atas) dikatakan telah dibayar RM4000.00 sebulan oleh Barisan Nasional untuk mengerakkan program belia di Selangor, ini menurut Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian.


Dakwan Suhaimi bahawa “Kemasukan seramai 180 ahli ke dalam Umno melibatkan sebahagian dari 17 Ranting di bawah Cabang PKR Petaling Jaya Selatan,” juga adalah satu cerita bohong..

Sila baca di (SINI) dakwaan Suhaimi Saari itu..

Bukan saja Ketua Umno Baha¬gian Petaling Jaya Selatan, Datuk Raja Hanipuddin Raja Nong Chik malah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Donald Lim Siang Chai pun ditipunya..

Kesian kat pemimpin UMNO/BN yang dah kena tipu dengan mamat tu..

Rupa-rupanya.. Ahli PKR yang tak dihargai oleh pimpinan PKR amat dihargai oleh para pemimpin UMNO/BN..

Pencacai-pencacai UMNO pun tak mendapat layanan macam mamat tu..


*******************************

180 keluar PKR adalah pembohongan
PETALING JAYA – Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian menegaskan bahawa tidak wujud 180 ahli (PKR) keluar parti seperti yang diumumkan bekas Naibnya Suhaimi Saari.

Menurut beliau setakat ini melalui semakan yang dibuat hanya dua orang sahaja termasuk Suhaimi yang keluar dari PKR.

“Kita sudah siasat rata-rata mereka yang hadir pada program itu tidak menahu tentang agenda program itu yang mahu perserta yang hadir untuk keluar parti,”katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya setakat ini pihaknya mengetahui sebanyak tiga buah bas bergerak dari Taman Medan ke Cameron Highlands yang rata-ratanya peserta terdiri daripada golongan belia.

“Program itu pada mulanya diberitahu hanya program riadah namun bila tiba di sana segala berubah selepas ianya dikatakan menjadi medan untuk individu keluar daripada PKR,”katanya.

Mengulas lanjut mengenai status jawatan Suhaimi di dalam cabang pjs,beliau berkata perkara itu akan dimaklumkan kepada pucuk pimpinan parti.

“Parti tidak pecat dia tetapi dia (Suhaimi) sudah secara rasminya keluar daripada parti dan selepas ini dia juga tidak mempunyai apa-apa lagi urusan dengan PKR,”katanya

Beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan turut menegaskan naibnya itu kini sudah dibayar oleh Barisan Nasional untuk mengerakkan program belia di Selangor.

“Dia dapat RM 4000. sebulan dari BN dan peruntukkan RM 200,000 untuk buat program belia di Selangor kita sudah tahu perkara ini sejak dua minggu yang lalu namun kita tidak gentar kerana sebelum ini dia bukanlah seorang ahli yang aktif dan tidak mempunyai pengaruh,”katanya.

Jelasnya lagi, apa yang berlaku tidak menjejaskan Cabang PKR Petaling Jaya Selatan sebaliknya ianya dilihat salah satu percubaan BN untuk mencipta propaganda politiknya.

Akhbar ini semalam menyiarkan mengenai pengumuman bekas naib cabang PKR Pjs Suhaimi Saari bahawa 180 orang ahlinya keluar parti dan menyertai Umno selepas menyerahkan borang keahlian kepada Pemangku Ketua Umno Bahagian Pjs Datuk Raja Hanipuddin Raja Nong Chik dalam satu program yang diadakan di Bentong semalam.

Sinar Harian
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.