Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEBELOM BN TUMBANG MENTERI BUAT DUIT ?

NFC: Jingga 13 harap polis akan siasat segera kes kondo

November 14, 2011
 
KUALA LUMPUR, 14 Nov Susulan keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jingga 13 hari ini mahu polis segera menyiasat pembelian kondominium menggunakan dana pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa mengesahkan pihaknya telah dihubungi pegawai SPRM Selangor dan dimaklumkan bahawa agensi itu tidak mempunyai kuasa menyiasat skandal yang melibatkan pembelian kondomium oleh NFC.

“Jingga 13 telah dihubungi pihak SPRM bahawa kes skandal NFC yang dilaporkan pada 10 November lalu akan diserahkan kepada pihak polis di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu pecah amanah oleh perkhidmat awam.

“Ini kerana kes pembelian kondominium oleh NFC berjumlah RM9.8 juta bukan di bawah kuasa SPRM dan pihak SPRM juga telah memaklumkan akan menghantar surat rasmi berkaitan perkara itu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Pada 10 November lalu, Jingga 13 telah membuat laporan kepad SPRM berhubung perkara itu,
Kata Fariz, beliah berharap polis dapat melakukan siasatan segera berhubung perkara itu.

“Kita harap polis supaya segera ambil tindakan, bertindak secara telus dan mengambil tindakan tegas tanpa sebarang prejudis,” katanya.

Isu projek NFC didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan 24 Oktober lalu.

Tambah Fariz, Shahrizat selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga Ketua Wanita Umno perlu meletakkan jawatan dengan segera.

“Sebagai orang yang bertanggungjawab beliau (Shahrizat) perlu meletakkan jawatan kerana secara jelas ia melibatkan beliau dan keluarganya.

“Beliau wajib meletakkan jawatan dengan segera, kita akan mengambil pendekatan tunggu dah lihat. Sekiranya beliau masih berkeras kita akan menyerahkan memorandum kepadanya nanti,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.