Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAULAT TUANKU

Ulangtahun Keputeraan Sultan K'tan: Islam Dijunjung, Raja Disanjung, Rakyat Dipayung


Kota Bahru, 11 Nov: Sultan Muhammad V, Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra selamat menyempurnakan upacara Istiadat Pemeriksaan Perbarisan Kehormatan di Padang Merdeka di sini semalam.

Gambar: SULTAN Muhammad Ke-V, Tuanku Faris Petra disambut Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hadir pada Istiadat Pemeriksaan Barisan Kehormatan di Padang Merdeka dekat Kota Bharu sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-42, hari ini. - Foto BERNAMA

Istiadat sempena Pemasyhuran Perayaan Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-42, 2011 itu turut dihadiri Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad FaIz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.

Turut hadir pada upacara itu Kerabat Diraja dan pembesar negeri.

Hadir sama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yakob, Speaker Dewan Negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Negara serta pimpinan politik, Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.

Perayaan keputeraan bertema “Islam Dijunjung, Raja Disanjung, Rakyat Dipayung” itu bermula seawal 6.30 petang semalam dengan mengadakan majlis solat Hajat dan doa selamat di Masjid Muhammadi di sini dan di semua masjid utama jajahan.

Istiadat ‘meletak kerja’ pula diadakan di Istana Balai Besar di sini seawal 7.45 pagi tadi sebelum diadakan jamuan rakyat di Masjid Muhammadi di sini selepas solat Jumaat nanti.

Sementara Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri serta Istiadat Menyembah Ucapan Tahniah dan Taat Setia akan diadakan esok mulai 9.00 pagi di Istana Balai Besar di sini.

Menurut kenyataan rasmi, perayaan menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan itu bermula 10 hingga 12 November 2011.

Majlis Santapan Malam Persembahan Kerajaan Negeri diadakan pada malam ini di Dewan Jamuan Utama, Kota Darulnaim di sini.

Ribuan saksi ulangtahun keputeraan Sultan K’tan


KOTA BAHARU: Lebih 1,000 rakyat pelbagai kaum hadir di Padang Merdeka di sini bagi menyaksikan Majlis Istiadat Meletak Kerja dan Perbarisan sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V Yang Ke-42 yang disambut pada Jumaat.


Mereka hadir sejak awal pagi dengan membawa anggota keluarga masing-masing untuk melihat sendiri kemeriahan sambutan itu yang pertama kali buat baginda selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 Sept tahun lepas.


Majlis perbarisan kehormat itu yang diketuai Satu Rejimen Artileri Diraja (RAD) Para Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula tepat pukul 8.40 pagi Jumaat sebaik sahaja ketibaan baginda bersama rombongan kerabat Istana Kelantan.


Turut hadir Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob, exco-exco kerajaan negeri, pemimpin-pemimpin agensi kerajaan serta beberapa kenamaan lain.


Baginda yang segak berbaju Melayu songket berwarna krim kemudiannya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memeriksa kawalan perbarisan.


Sempena hari keputeraan baginda esok, Sultan Muhammad V akan menyampaikan pingat dan darjah kebesaran kepada penerimanya di Istana Balai Besar di sini.


Hari ini dan semalam adalah cuti umum sempena hari keputeraan baginda. -BERNAMA

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.