Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SAMA-SAMA MENASIHAT, YANG MENASIHAT DAN KENA NASIHAT TAK DA BEZA HUUUUWA !

Sabtu, 12 November 2011

ANAK MUDA BERI NASEHAT PADA RAJA



ANAK MUDA BANGUN MELAWAN






JANGAN TERPENGARUH BUDAYA NEGATIF : RAJA MUDA PERLIS - meloya

Para pelajar dinasihatkan supaya jangan mudah terpengaruh dengan budaya-budaya luar yang negatif bagi mengelakkan gejala songsang yang kini semakin serius melangkaui batas agama dan adat resam di negara ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, sebaliknya para pelajar perlu bijak mengambil dan menilai aspek-aspek budaya yang efisien dan positif.

"Dalam keadaan semasa kini, negara sering dihangatkan dengan gejala-gejala songsang, kita bimbang sekiranya dibiarkan berterusan, ia akan menjadi barah yang menular dalam kalangan masyarakat," titah baginda.

Sehubungan itu, titah baginda, para pelajar perlu mempunyai benteng diri sebaik mungkin bagi mengelakkan diri daripada terjerumus dalam bibit-bibit permulaan kepada sesuatu gejala yang tidak sihat.



JANGAN TERPENGARUH BUDAYA NEGATIF : ANAK MUDA PERLIS -tukartiub

Raja raja telah dinasihatkan supaya jangan mudah terpengaruh dengan budaya-budaya luar yang negatif bagi mengelakkan gejala songsang yang kini semakin serius melangkaui batas agama dan adat resam di negara ini.

Pelajar-pelpajar dan anak muda dari pelbagai institusi pengajian tinggi telah berkata, sebaliknya raja raja perlu bijak mengambil dan menilai aspek-aspek budaya yang efisien dan positif.

"Dalam keadaan semasa kini, negara sering dihangatkan dengan gejala-gejala songsang seperti membuat projek hospital tetapi tidak siap, menjadi taiko judi bola, berjudi di luar negara, menjadi orang perantaran antara towkay dengan politikus, meminta tanah balak atau menjual derajah kenamaan.

Kami pelajar tahu pekara ini sedang berlaku. Kami bimbang sekiranya dibiarkan berterusan, ia akan menjadi barah yang menular dalam kalangan masyarakat," kata satu kumpulan pelajar."

Sehubungan itu, kata para pelajar lagi, raja dan sultan perlu mempunyai benteng diri sebaik mungkin bagi mengelakkan diri daripada terjerumus dalam bibit-bibit permulaan kepada sesuatu gejala yang tidak sihat. Jangan hanya pandai bercakap tetapi tidak membuatnya. Jangan hanya pandai memberi nasehat tetapi diri sendiri tidak terjaga.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.