Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DEPA SUKA CARI NAHAS, DEPA TAK PEDULI POLISPUN !

Seksualiti Merdeka: Polis terima 154 aduan, 50 diambil keterangan

November 09, 2011
 
KUALA LUMPUR, 9 Nov – Polis telah menerima 154 laporan di seluruh negara membantah penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Katanya, laporan yang diterima sehingga semalam itu membuktikan orang ramai mahu polis bertindak tegas terhadap penganjur demi keselamatan mereka.

“Orang yang buat laporan pun sudah 100 lebih, mereka pun kita akan rakam percakapan. Setakat ini lebih 50 orang telah dirakam percakapan,” katanya dipetik Bernama Online hari ini.

Program Seksualiti Merdeka 2011 itu bertujuan menuntut hak kesaksamaan gender serta mengiktiraf pengamal seks songsang seperti gay, lesbian,  biseksual dan transeksual untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka. Khalid berkata setakat ini tiada individu yang ditahan.

Beliau berharap tidak wujud kumpulan serpihan yang cuba mengadakan apa-apa tindakan yang menyokong program Seksualiti Merdeka yang telah diharamkan oleh polis.

“Apa jua yang kita hendak buat, kita kena ambil kira sensitiviti budaya, agama dan berbilang kaum di negara kita.

“Jangan ikut sedap hati kita sahaja. Jangan sebab hendak ambil (pejuang hak) minoriti kita terpaksa menyebabkan majoriti marah,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.