Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PUTERA JAYA JANGAN SUSAHKAN RAKYAT

MB Selangor: Caj air akan naik 71 peratus jika Putrajaya terus halang

November 09, 2011
SHAH ALAM, 9 Nov Menteri Besar Selangor menegaskan tarif air boleh naik sehingga 71 peratus jika Putrajaya terus menghalang kerajaan negeri daripada melaksanakan penstrukturan semula industri air.

“Sekiranya cadangan kerajaan negeri Selangor diterima, kenaikan tarif sebanyak 71 peratus yang dicadangkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) boleh dielakkan.

“Di bawah cadangan kerajaan negeri Selangor juga, Agensi Bertujuan Khas Negeri hanya akan melaksanakan peningkatan pada kadar 12 peratus bagi penjimatan dan mengelakkan pembaziran,” kata Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) semasa membentangkan Belanjawan Negeri Selangor 2012 hari ini.
Justeru, kata beliau, kenaikan tarif hanya akan berlaku pada kadar minimum yang boleh dibiayai bersama.
Sejak mengambil alih pentadbiran pada tahun 2008, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat telah melancarkan pemberian 20 meter air percuma atau rebat RM11.40 sebulan kepada pengguna domestik bermeter, memanfaatkn lebih empat juta pengguna.

Menurut Khalid, sejak 2008 pihaknya berusaha untuk melaksanakan penstrukturan semula industri air selain turut melantik pakar perunding kejuruteraan, Tetuan Erinco Sdn Bhd bagi melakukan carian, semakan dan penandaan ke atas semua aset air Selangor dan seterusnya melakukan nilaian terhadap aset-aset tersebut.

“Selepas kelemahan operasi Syabas didedahkan dalam Laporan Audit Negara 2008, satu notis telah dihantar kepada kerajaan persekutuan untuk menamatkan konsesi Syabas. “Namun ia tidak dipersetujui oleh kerajaan persekutuan,” katanya.

Tambah beliau, sejak mengambil alih pentadbiran negeri pihaknya telah menawarkan sekurang-kurangnya tiga tawaran untuk mengambil alih dan menstrukturkan semula industri air sehingga Januari tahun ini.

Namun kata Khalid, hanya Konsortium Abass Sdn Bhd (Abass) dan Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn Bhd (Splash) memberi kerjasama baik dengan menerima tawaran kerajaan negeri manakala Puncak Niaga dan Syabas kekal menolak tawaran tersebut.

Justeru, menurutnya, kerajaan negeri hanya akan membenarkan projek Langat 2 dibina selepas Putrajaya menyelesaikan rundingan penstrukturan semula industri air yang merupakan penyelesaian holistik serta menguntungkan rakyat seperti yang dihasratkan dalam Akta Perkhidmatan Industri Air 2006.

“Harus diingatkan, segala aset ini telah digunakan secara percuma oleh kroni yang mendapat konsesi air sedangkan rakyat pula yang dibebankan dengan caj yang tinggi.

“Malangnya kerajaan persekutuan lebih sanggup membela kroni perniagaan berbanding rakyat Selangor. Namun ia tidak mematahkan semangat kita (kerajaan negeri) untuk terus menjaga kepentingan rakyat Selangor,” jelas Khalid.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.