Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DI NEGARA NI JIKA HINA ISLAM TAK SAPA MARAH EH !

Majlis Peguam digesa berhenti mencela undang-undang Islam

Majlis Peguam digesa berhenti mencela dan secara tersembunyi menghina hak demokratik umat Islam untuk memilih hukum agama mereka jika badan itu mahu dihormati sebagai sebuah pertubuhan demokratik.

Sehubungan itu Majlis Peguam juga dituntut mengotakan dakwaannya selama ini kononnya ia adalah sebuah badan yang demokratik dan menghormati hak-hak asasi dan hak-hak demokratik mana-mana pihak termasuk kumpulan minoriti dan bukan mengapi-apikan penindasan hak umat Islam melalui kenyataan-kenyataannya yang berunsur mencela dan menghina.

Di sebalik pelbagai celaan dan kenyataan negatif Majlis Peguam terhadap undang-undang Islam, umat Islam yang mahukan undang-undang itu bangga dengan perjuangan mereka (berita ini diubahsuai dari berita Malaysian Insider 2/11/11 bertajuk "Seksualiti Merdeka: Majlis Peguam mahu Najib jamin hak golongan LGBT" - sila klik gambar di atas untuk besarkan).

Berkaitan:
Seksualiti Merdeka: PAS Enggan Dikait Dengan Ambiga

mStar 2/11/11: PAS tidak mahu penglibatan Pengerusi Gabungan PilihanRaya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga pada Program Seksualiti Merdeka 2011 dikaitkan dengan parti itu kerana penganjurannya jelas bertentangan dengan Islam.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, walaupun pembangkang dilihat sentiasa bekerjasama rapat dengan Ambiga dalam pembagai isu, namun kali ini mereka menegaskan tidak akan menyokong pendirian bekas Presiden Majlis Peguam tersebut.

"Itu adalah pendirian beliau, ia tak ada kena mengena dengan PAS, PKR atau DAP. Ia pendirian beliau sendiri.

"Bagi kami ia jelas bercanggah dengan ajaran Islam. Kami tak akan bersama atau sokong Ambiga," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penganjuran Program Seksualiti Merdeka anjuran beberapa gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut mendapat sokongan Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Program berkenaan yang bermula hari ini sehingga 13 November depan dianjurkan bagi memperjuangkan kesaksamaan jantina termasuk untuk golongan homoseksual dan lesbian.

Difahamkan Ambiga akan merasmikan program yang berlangsung di Galeri Annex, Kuala Lumpur pada 9 November depan.

Sementara itu diminta mengulas sama ada PAS akan menganjurkan bantahan mengenai penganjurannya, Khalid berkata, parti itu memilih untuk tidak menggunakan kekerasan dalam mendidik golongan tersebut.

"Nak didik bukan dengan cara halang atau demonstrasi tapi beri penjelasan.

"Kita akan cuba mempengaruhi masyarakat supaya tidak memberi sambutan kepada program seperti itu...kita tak boleh atasi dengan kekerasan atau paksaan," katanya.

Asri: Seksualiti Merdeka perlu ditentang jika bela amalan songsang

Malaysian Insider 3/11/11: Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut melahirkan bantahan berkenaan Seksualiti Merdeka — yang sedang berlangsung sekarang — dengan menegaskan program itu patut ditentang jika membela amalan gay dan transeksual di Malaysia.

Penganjuran program itu mendapat reaksi berbelah bahagi daripada pertubuhan bukan kerajaan dan parti-parti politik.

“Saya tidak tahu apa yang sebenarnya hendak dibuat dalam program Seksualiti Merdeka, namun jika ia satu kempen terbuka ke arah menjustifikasikan gay dan transeksual, maka itu patut ditentang,” kata Asri dalam satu kenyataan hari ini.

Felo Pusat Pengajian Islam Oxford ini menambah, jika ada penganut agama tertentu yang rasa itu tidak salah untuk kelompok agama mereka, terpulang kepada pihak berkenaan untuk menerima amalan sedemikian.

Namun kempen terbuka ke arah kerosakan umum patut dibantah, kata beliau lagi.

“...ada bezanya antara kesalahan atau dosa seseorang... individu dengan kempen ke arah dosa.. jika ini satu kempen, maka memang patut dibantah secara tegas,” katanya.

Bagaimanapun kata beliau, jika mahu mereka boleh mengadakan “bengkel harian” sebagai terapi psikologi untuk golongan tersebut.

“Di samping memberi ruang mereka meluahkan masalah diberikan juga jalan penyelesaian dari pelbagai sudut termasuk agama.

“Namun justifikasi untuk melebarkan atau meneruskan aktiviti tersebut tidak boleh dibenarkan,” kata ahli akademik Universiti Sains Malaysia ini.

Oleh itu tambah beliau, mana-mana parti politik yang bersekongkol bererti mereka tidak layak menjadi kerajaan untuk sebuah negara bernama Malaysia.

“Di sini kejelasan pendirian perlu dinyatakan,” katanya.

Dua pertubuhan bukan kerajaan membuat laporan polis dan menggesa pihak berkuasa menghalang program itu iaitu Wira Perkasa dan Gabungan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (ACCIN).

Majlis Peguam pula meminta kerajaan mengambil tindakan membela golongan minoriti seksualiti.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.