Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK BOLEH TANGKAP MACAM BOB LOKMAN KE ?

MACAM MANA NAK GANDING BAHU, NANTI JABATAN AGAMA TANGKAP LAK MACAM BOB, KALAU HARAM BERERTI SALAH, JIKA SALAH TAPI TAK BOLEH TANGKAP, NI KENYATAAN APA ? SO YANG ISLAM SEBENAR TU MACAM MANA ? RUANG LINGKUP MELINGKUP KE ?

Haram Muslim sertai Seksualiti Merdeka, kata Majlis Ulama Isma

November 03, 2011
 
KUALA LUMPUR, 3 Nov Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (Muis) berkata penglibatan umat Islam dalam program Seksualiti Merdeka, yang menjadi fokus kontroversi sekarang, adalah haram dan wajar dielakkan, kata Pengerusinya Dr Aznan Hasan.

Sehubungan Aznan mahu kerajaan menghalang aktiviti seumpama itu dan sentiasa peka terhadap aktiviti-aktviti songsang yang menyelinap masuk ke dalam masyarakat umat Islam dan bertujuan melenyapkan identiti dan jati diri anak bangsa dan negara.

“Seluruh umat Islam perlu berganding bahu memikul tugas membangunkan umat dan menyuburkan akhlak terpuji selaras dengan mesej perutusan baginda s.a.w.

“Seluruh umat Islam wajib berganding bahu memikul tanggungjawab membangunkan umat, menyuburkan akhlak terpuji dan memandu masyarakat ke arah menghayati ajaran Islam yang sebenar. Muis berpandangan penglibatan umat Islam di dalam festival ini adalah haram hukumnya dan sewajibnya dielakkan,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Aznan juga berkata pihaknya bimbang penganjuran Seksualiti Merdeka akan menyebabkan menularnya fahaman liberal dan songsang di kalangan masyarakat Islam di Malaysia yang bertopengkan “hak asasi manusia.”

“Muis berpendirian, hak asasi manusia adalah sesuatu yang diiktiraf oleh Islam. Namun begitu, penerimaan hak asasi ini mestilah diterima dalam ruang lingkup yang tidak menyanggahi prinsip-prinsip agama dan nilai-nilai moral, budaya, etika, dan adab sopan. “Sebarang aktiviti songsang sebegini bukan sahaja menyentuh sensiviti umat Islam, malah boleh dianggap satu usaha ke arah mencabar kedaulatan negara yang berpaksikan Islam sebagai agama rasmi persekutuan,” kata beliau lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.