Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Wednesday, November 9

Wajib baca: Surat untuk orang gomen...

Penting: Akidah Kakitangan Kerajaan Semakin Kronik!

Oleh: BayangDiAir


Kerja yang saudara sayang sekiranya dibuang. Rezeki yang saudara jaga takut ketirisan. Rumah dan kenderaan yang saudara sayangi serta kampung halaman yang saudara tidak mahu berjauhan.

Semua itu anugerah Tuhan. Kalau saudara menyedari dan beriktikad demikian, sepatutnya tiada sebab saudara takut berjuang untuk membantu agama Tuhan. Takut berjihad menentang kebatilan.

Mengapa saudara memilih zon selesa dalam keadaan Islam memerlukan penglibatan saudara. Dan dalam banyak-banyak cabang perjuangan, yang amat menyedihkan adalah apabila saudara takut untuk mendekati kuliah-kuliah agama di surau dan masjid yang saudara dan bos saudara cop sebagai surau pembangkang. Tergamaknya saudara meminggirkan diri kerana takut pada manusia?

Saudara,
Kalau hendak mendengar kuliah agama pun takut, itu bala namanya. Jangan ingat bala hanya apabila ditimpa musibah banjir, ribut dan bencana alam sahaja. Berkekalan takut untuk bertandang ke kuliah agama itu lagi bala. Bala akidah namanya. Sedarkah saudara bahawa bala itu bermakna Allah melaknati saudara? Di surau dan masjid yang saudara dan bos saudara cop sebagai sarang pembangkang, ada kuliah dari para ustaz yang ikhlas dalam penyampaian ilmu. Jangan saudara ingat, asal surau pembangkang, isunya politik, politik, politik. Di sana ada fekah, sirah, akidah dan tafsir. Semuanya dikupas dengan menarik. Tergamak saudara meninggalkan itu semua kerana takut dipanggil dan ditegur oleh bos-bos saudara?

Saudara,

Inilah fenomena yang berlaku pada hari ini. Adakah saudara ingin tunggu usia pencen 60 tahun baru hendak berjinak-jinak dengan surau dan masjid ini? Kalau mendengar kuliah pun sudah saudara takut pada manusia, apalah lagi dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah? Apakah saudara hanya mahu jadi penonton kepada jatuh dan bangunnya Islam? Jawablah di hadapan Allah apabila saudara bertemu-Nya di akhirat kelak. Dan saudara mesti ingat, belum tentu saudara dapat bersama dengan perjuangan ini pada usia 60 nanti.

Saudara,

Di sini kutinggalkan sedikit nota pesan dari al-Quran ( Surah as-Saff: 10 – 14) agar dapat saudara hadam.

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar
.

Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman
.

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Saudara-saudaraku....berjuanglah untuk Islam bukannya untuk PAS yang penuh dengan kepalsuan dan pendustaan!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.