Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Chemmeen

March 10, 2012
[Terjemahan terbaru "Chemmen" oleh Anita Nair memuatkan pelbagai maklumat tambahan.
 
10 MAC — Pada tahun 1960-an, 70-an dan awal 80-an, filem Malayalam paling popular dalam kalangan penonton India di Malaysia ialah “Chemmeen” (1965). 
Lagu “Kadalinakkara” nyanyian K. J. Yesudas masih popular hingga kini; malah diselitkan dalam sebuah lagu filem “Naan Avanillai” (2007).

Filem “Chemmeen” yang menerima Anugerah Filem Kebangsaan (Filem Terbaik) adalah berdasarkan novel “Chemmeen” (1956) karya Thakazhi Sivasankara Pillai. Novel itu menang Anugerah Akademi Kendra Sahitya (1957).

Karya berkenaan yang turut diperakui Unesco, pertama kali diterjemah ke Bahasa Inggeris oleh V. K. Narayana Menon (1962). Novel “Chemmeen” juga sudah diterjemah ke lebih 30 bahasa, termasuk Bahasa Jerman, Itali, Perancis, Rusia, Arab, Belanda, Jepun dan bahasa-bahasa lain yang terdapat di India.

Versi terjemahan Narayana Menon diberi judul “Anger of the Sea-Goddess”. Manakala versi terjemahan oleh Anita Nair mengekalkan judul “Chemmeen” (2011).

Saya sangat gembira menerima senaskhah novel “Chemmeen” daripada Salma Dhineswary, mahasiswi Universiti Malaya dan pengarang Tamil tempatan yang pergi ke Tamil Nadu baru-baru ini.

Sesungguhnya saya sudah lupa kisah dalam filem yang pernah ditonton pada akhir tahun 1970-an. Maka, hadiah berupa novel terjemahan ini memungkinkan saya mengimbau serta menikmati semula kisah sekumpulan nelayan di pantai negeri Kerala yang terikat pada amalan, ritual, pantang-larang dan kepercayaan nenek-moyang.

“Well, I won’t call you Karuthamma either!”
“What would you call me then?”

“I’ll call you the Big Momma Fisherwoman.”

Demikian dialog antara Karuthamma dan Pareekutty di halaman pertama lagi yang membuatkan saya tersenyum sendiri memikirkan kehadiran konsep “big momma” dalam realiti tempatan.

Konflik dan dilema dalam novel ini berlaku berikutan tindakan Chembankunju meminjam wang daripada Pareekutty untuk membeli bot nelayan dengan niat untuk tidak memulangkan wang itu.

Percintaan antara Karuthamma yang beragama Hindu dan Pareekutty yang beragama Islam juga terhalang oleh pelbagai sebab yang sudah diketahui umum.

Malah, membaca kisah mengenai pasangan kekasih ini pasti mengingatkan pembaca kepada realiti yang terpaksa dihadapi oleh  pasangan kekasih berlainan agama – seorang daripadanya beragama Islam – di negara bertuah ini.

Thakazhi adalah nama pena sempena kampung kelahiran pengarang di Kuttanad, Alappuzha, Kerala. Beliau mengenali kehidupan nelayan tepi pantai secara amat mendalam sejak berusia sembilan tahun.
Menerusi “Chemmeen” (bermaksud “udang” dalam Bahasa Malayalam), Thakazhi berjaya mengungkapkan sebuah kisah yang menarik dengan menggabungkan konflik cinta, keluarga, kasih-sayang, kepercayaan, agama dan budaya masyarakat nelayan keturunan Malayali di Kerala.

Novel “Chemmeen” sudah diterjemah ke lebih 30 bahasa.
Walaupun “Chemmeen” mendapat pelbagai pengiktirafan, Thakazhi mengatakan bahawa novel itu bukanlah sebuah karya agung. Malah, beliau hanya mengambil masa tujuh hari untuk menghasilkannya. 
 
Novel “Chemmeen” (2011) turut memuatkan penceritaan Thakazhi sendiri mengenai penghasilan karya itu. Terdapat juga catatan oleh Anita Nair selaku penterjemah.

Pembaca juga berpeluang mengetahui maklumat mengenai filem “Thirakalkkappuram” (1998) yang merupakan sambungan kisah “Chemmeen”.

Meena Pillai pula menyumbangkan artikel bertajuk “On Adapting Chemmeen: Myth as Melodrama” yang mampu membantu khalayak lebih memahami karya berkenaan.

Thakazhi (17 April 1912 – 10 April 1999) menulis hampir 40 novel (1934-1990) dan sekitar 25 kumpulan cerpennya diterbitkan (1935-2004) dalam bahasa ibundanya.

Namun, “Chemmeen” tetap dilihat sebagai karya terpenting penulis ini dan amat wajar dibaca dengan penuh penghayatan.


Uthaya Sankar SB gemar membaca karya-karya hebat pelbagai bahasa dari India yang diterjemah ke Bahasa Inggeris.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.