Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PKR JANGAN TAMAK, PAS JANGAN KEDEKUT, JANGAN MACAM REBUT BANGKAI

Hidup Pakatan Rakyat !!

PRU13: Pas Terengganu minta PKR 'ukur baju' badan sendiri'
W.SAIDATUL FADZILAH W.NAJEMUDIN
10 Mac 2012

KUALA TERENGGANU - Hasrat PKR untuk bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga Parlimen dikecam pimpinan Pas termasuk Timbalan Ketua Penerangan Pas Terengganu, Azman Shapawi yang meminta parti itu "mengukur baju di badan sendiri."

Menurutnya, parti itu perlu sedar dengan suasana dan perkembangan politik semasa yang dikuatiri boleh menjejaskan usaha pembangkang menawan Terengganu.

“Kita minta dia (PKR) ukur baju di badan sendiri. Dengan suasana yang ada hari ini, mereka tidak patut bercakap sebebasnya, lebih-lebih lagi perlu mengambil kira pandangan Pas yang menjadi tunggak parti pembangkang di negeri ini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Azman Shapawi dalam nada sinis berkata, jika parti itu mengikut apa yang diidamkan, sudah tentu mereka mahu ‘makan banyak walaupun benda yang diidamkan itu tidak boleh dimakan’.

“Kalau tanya kita mahu idam berapa kerusi, sudah tentu kita mahukan 32 kerusi DUN tetapi dalam budaya persahabatan kita tidak boleh berlaku begitu dan perlu mengambil kira semua keadaan. Kita harap PKR mengambil kira juga perkara itu,” katanya.

Azman Shapawi berkata, PKR tidak sepatutnya menyatakan hasrat mereka sewenang-wenangnya, sebaliknya ia perlu merujuk kepada Pas terlebih dahulu sebagai rakan pakatan dan yang lebih berpengalaman di negeri ini.

Lebih-lebih lagi katanya, perkara itu belum ada keputusan muktamad daripada pimpinan PR pusat.

Beliau yang turut melahirkan rasa terkilan dengan pendedahan PKR berkata, parti itu perlu memikirkan banyak perkara sebelum mendedahkan hasrat mereka kerana ia mungkin menimbulkan tanggapan kurang selesa terutama di kalangan petugas-petugas parti.

Jelasnya, walaupun tiada rungutan secara rasmi daripada peringkat bawah mengenai cadangan kerusi yang dihasratkan PKR itu, namun beliau tidak menafikan timbul cakap-cakap mengenai hasrat PKR itu.

“Kita ada dengar cakap-cakap di peringat akar umbi dan kita bimbang mereka akan terasa dengan perkara itu,” katanya.-SH

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.