Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SABAH TIADA TAMADUN DIBAWAH BN

 WAKIL RAKYAT HANYA BERJUMPA RAKYAT HANYA SEMASA MAHU MENGUNDI

10 Mac, 2012


40,000 Rakyat Sabah Masih Tiada Sijil Lahir.. Bukti Kerajaan BN Gagal

Kira-kira 40,000 penduduk di Sabah menghadapi masalah dokumentasi kerana tidak memiliki sijil kelahiran dengan di daerah Semporna sahaja dianggarkan 4,000 kanak-kanak berhadapan masalah itu, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop. Beliau berkata antara punca masalah itu berlaku adalah kerana lewat mendaftar sijil lahir atau kad pengenalan manakala dasar pendidikan negara tidak membenarkan kanak-kanak tanpa kad pengenalan untuk belajar di sekolah tempatan.

Katanya, masalah lewat mendaftar sijil lahir berlaku disebabkan kurangnya tahap kesedaran masyarakat tempatan akan kepentingan mendaftar kelahiran pada masa yang ditetapkan.

"Mereka ini lebih suka menunggu lawatan pendaftaran bergerak dari Unit Khas Bergerak (UKB) ke tempat mereka bagi mengelakkan membayar kos tambang yang mahal untuk ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhampiran, tiada sijil pernikahan kerana berkahwin secara adat dan berkahwin dengan warga asing.


"Selain itu, masalah berkahwin lebih daripada satu, tidak berdaftar dengan alasan tiada kad rawatan klinik kerana bersalin menggunakan khidmat bidan kampung, datang memohon tanpa ibu bapa kandung serta mengaku sebagai anak kandung kepada ibu bapa angkat," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.~
bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.