Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DEMO RAMPAS TANAH

Khamis, 8 Mac 2012

Gambar & Video : Sekitar Demo Bantah Rampasan Tanah SRIDB Oleh K'jaan Umno





DUNGUN – Memorandum Bantahan Rakyat terhadap tindakan Jawatakuasa Kemajuan tanah dan keselamatan kampung (JKKK) yang merampas tanah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (SRIDB)berjaya di serahkan kepada pihak pentadbir tanah daerah Dungun di sini semalam.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah SRIDB, Ustaz Satiful Bahri Mamat ia diserahkan kepada Ketua Penolong Pentadbir Tanah daerah Dungun kerana Pentadbir Tanah yang juga Pegawai Daerah dimaklumkan sedang bercuti.


“Kita serah (memorandum) kepada timbalan (Ketua Penolong) bahagian tanah (Pentadbir tanah) mewakili DO (Pegawai daerah) yang bercuti,”ujarnya ketika ditemui sebaik keluar dari Pejabat Daerah dan Tanah Dungun pada Rabu 7 Mac.


Sebelum itu, beliau yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Dungun telah mengetuai satu bantahan aman yang dihadiri oleh hampir 1,000 orang terdiri dari para pelajar, guru dan kakitangan SIDB serta masyarakat umum.


‘Gerombolan’ bantahan itu telah bergerak dari Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin pada jam 3 petang menyusuri Jalan Yahya Ahmad sepanjang 2 kilometer sehingga ke perkarangan Pejabatan Daerah dan Tanah.


Sehubungan itu, Ustaz Satiful berpuas hati dan mengucapkan terima kasih atas sokongan pelbagai pihak.


“AlhamduliLlah, kita Nampak sokongan semua rakyat (dan) masyarakat bersama (menyertai bantahan) dengan pelajar-pelajar (dan kaktangan) sekolah kita ini,


“saya ucapkan ribuan terima kasih dan AlhamduliLlah kerana sokongan ini berterusan dan semakin meningkat,”jelasnya.


Menurutnya, ia adalah demonstrasi kali kedua, yang diadakan bagi membantah tindakan zalim rampasan tanah SRIDB.


Katanya, perarakan bantahan secara aman kali pertama diadakan dari hadapan SRIDB di Jalan Santong, Paka dan berakhir dihadapan Pejabat Khidmat ADUN Paka.


Beliau selaku Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu berkata, sekiranya tidak ada apa-apa tindakan menyerahkan kembali tanah tersebut kepada sekolah agama rakyat itu, beliau merancang akan mengadakan bantahan dihadapan Wisma Darul Iman dan akan menyerahkan memorandum kepada ‘pihak istana’.


“Dulu kali pertama kita buat di Paka, Nampak hari ini lebih ramai lagi, dan InsyaAllah kalau tidak selesai, kita akan pergi (berarak) ke Wisma (Darul Iman) dan ke istana,”tegasnya.


Turut serta dalam demonstasi tersebut adalah Yang DiPertua PAS Dungun Ustaz Wan Hassan Ramli, Naib Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi, Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu Usaz Azman Shapawi Abdul Rani, Ketua Pemuda PAS Dungun Ustaz hd Hanafi Abdul Aziz, Setiausaha PAS Dungun Norulazhar Ali dan Bendahari PAS Dungun Ustaz Roslan Ismail.BO

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.