Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAMPARAN KEPADA ALI RUSTAM



Tiga beranak ikat perut di Melaka kerana miskin
Posted on Monday, March 12 @ 01:36:38 PDT
Dilulus untuk paparan oleh cosa

 Oleh: amkns

"12 Mac 2012 , Berangan Enam, Umbai, Melaka - “Walaupun saya menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap bulan, namun kadangkala kami terpaksa juga mengikat perut,” kata seorang ayah yang menyara dua anak lelakinya dengan bergantung harap pada bantuan JKM.

Daud Hamzah, 69, berkata, dua anak lelakinya yang berumur 30 dan 36 tahun tidak bekerja kerana mengalami penyakit mental. 

Menurutnya, wang bantuan JKM yang diterimanya hanya cukup untuk makan sahaja dan jika terpaksa digunakan untuk tujuan lain, mereka akan mengikat perut. 

“Saya akan beli beras dan lauk untuk kami bertiga dengan menggunakan wang JKM memandangkan dua anak saya tidak bekerja kerana sakit,” katanya. 

Daud berkata, kini dia tinggal di rumah pusaka yang tiada bilik air dan tempat memasak. “Setiap hari saya perlu mengambil air dari perigi untuk memasak mahupun mandi selain memasak menggunakan dapur kayu,” katanya. 

Katanya, diharap penderitaan hidup mereka akan berakhir sekiranya pihak berkenaan dapat membina sebuah rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin di hadapan rumah pusaka berkenaan. “Saya juga mahu hidup selesa seperti orang lain dan berharap pihak berkenaan akan prihatin dengan penderitaan kami,” katanya. 
 
Selain itu, Daud juga meminta pihak berkenaan menurap jalan di hadapan rumahnya bagi mengelakkan masalah debu.
   "

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.