Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Demokrasi yang super mewah untuk Nasha di dalam PAS

Ada dua mesej yang diterima dari seorang rakan dari media malam tadi:
Nasharudin Md Isa dtg mesyuarat mlm ni. Muka happy je. Nik Aziz mcm biasa lepas bagi salam serah kat timbalan pengerusikan mesyuarat (Dalam pukul 9.45 malam)

Majlis Syura Ulamak tak bincang isu Nasha. Tiada sebab nak bincang isu Nasha, kata Presiden (dalam pukul 11.26 malam)
Saya hanya kata, ini precedent yang bagus. Nanti apa-apa, precedent ini bolehlah disebut. Apa-apa pun, Ustaz Nasharudin Mat Isa menikmati demokrasi yang super mewah untuknya di dalam PAS.

Berita berkaitan (Bagi berita Malaysiakini dan Sinar Harian, sila pergi ke laman berkenaan dan tengok komen-komen di bawah berita-berita tersebut dan juga di sini. Komen orang-orang PAS membawa pemikiran tradissional golongan mainstream parti itu. Dan, komen gerombolan parti syaitan pula tentulah tetap macam syaitan berbicara. Tentulah macam syaitan berbicara sebab syaitan yang berbicara):

Presiden PAS: Nasha kekal dalam majlis syura
(Malaysiakini 9/9/12): Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengumumkan bahawa bekas timbalannya, Nasharudin Mat Isa masih kekal sebagai anggota Majlis Syura Ulama parti itu.

Katanya, kedudukan Nasharuddin tidak dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa berkenaan, yang berlangsung selama dua jam bermula jam 9 malam sehingga lewat malam malam ini.

Sebaliknya, mesyuarat berkenaan adalah untuk membincangkan mengenai calon PAS yang akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, kata Abdul Hadi lagi kepada pemberita.

"Tidak ada dalam agenda (mesyuarat). Tak ada. Dan dia hadir dalam mesyuarat. Dia masih lagi jadi ahli Majlis Syura Ulama," katanya menjawab soalan pemberita berhubung isu kedudukan bekas timbalan presiden itu.

"(Jadi) tidak timbul apa-apa masalah. Siapa yang timbul masalah (ini) ?" soal Abdul Hadi.

Kenyataannya itu sekali gus menamatkan spekulasi berhubung kedudukan Nasharudin yang dilihat sebagai duri dalam daging parti itu, ekoran kenyataan MP Bachok itu sebelum ini.

Ditanya sama ada Nasharudin akan kembali dicalonkan PAS dalam pilihan raya itu, Abdul Hadi berkata perkara itu akan diumumkan kemudian.

"Itu tunggu pilihan raya (nanti) termasuk saya sendiri tak tahu jadi calon ataupun tidak," katanya.

Mengulas lanjut mengenai senarai calon itu, Abdul Hadi berkata ada kawasan PAS tertentu yang menyenaraikan sehingga empat calon bagi kawasan berkenaan.

Katanya, mesyuarat itu membincangkan bahawa PAS perlu meletakkan calon yang berwibawa dari sudut Islam dalam pilihan raya itu.

"Majlis Syura meluluskan semua nama-nama yang dicalonkan walaupun ada satu parlimen atau satu DUN untuk seorang sahaja (untuk bertanding).

"Terpulang kepada PAS negeri dan PAS kawasan (untuk memutuskan senarai tersebut)," katanya lagi dalam sidang media di ibu pejabat parti itu.

Nasharudin, yang kelihatan ceria selepas mesyuarat berkenaan, turut menyertai sidang media bersama Abdul Hadi dan juga seorang naib presiden PAS, Salahuddin Ayub, namun enggan memberi sebarang ulasan.

Sementara itu, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat beredar daripada pejabat agung PAS kira-kira jam 9.20 malam tanpa memberi sebarang kenyataan kepada pihak media.

Nasharudin mencetus kontroversi sebelum ini ekoran kenyataannya yang menggesa PAS meninggalkan Pakatan Rakyat kerana pengerusi DAP Karpal Singh berkeras menolak pelaksanaan hudud.
Majlis Syura tak sentuh isu Nasharudin
(Sinar Harian 9/9/12): Majlis Syura Pas, yang menjadi tumpuan banyak pihak - dari dalam dan luar parti itu sejak sebulan lalu, selesai bersidang tanpa membincangkan isu berkaitan dengan bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa.

Sehubungan itu, Nasharudin yang turut menghadiri mesyuarat malam ini yang berlangsung lebih dua jam, kekal sebagai ahli Majlis Syura.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Perbincangan kali ini (malam ini) hanya mesyuarat bulanan seperti biasa. Dan perbincangan kami menjurus kepada calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13)," ujar Abdul Hadi.

Jelas beliau, oleh kerana tiada sebarang masalah yang timbul berkenaan dengan kedudukan Nasharudin, maka tiada keperluan bagi Majlis Syura untuk membincangkannya.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang mengadakan mesyuarat pagi tadi menyerahkan kepada Majlis Syura untuk menentukan kedudukan Nasharudin.

"Mesyuarat tak bincang isu Ustaz Nasharudin dan dia pun ada dalam mesyuarat tadi.

"Tidak berbangkit untuk bincang isu Ustaz Nasha kerana tiada masalah yang timbul. Siapa kata ada masalah?" kata beliau sekitar 11.20 malam tadi.

Sehubungan itu Abdul Hadi juga berkata, kedudukan Nasharudin kekal sebagai anggota Majlis Syura Pas dan tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap Ahli Parlimen Bachok itu.

"Beliau kekal sebagai ahli Majlis Syura seperti biasa dan tiada apa-apa tindakan sebab tiada apa-apa masalah," kata beliau lagi.

Sementara itu, apabila ditanya pemberita sama ada Nasharudin, yang tewas pada pemilihan tahun lalu, akan bertanding atau tidak di kerusi Parlimen Bachok, Abdul Hadi berkata: "Tunggu sajalah PRU13 nanti."

Nasharudin yang turut hadir pada sidang media yang diadakan di luar pintu masuk utama ibu pejabat Pas enggan memberi sebarang komen.

Apabila diajukan soalan mengenai kedudukan beliau, Nasharudin hanya menuding tangan ke arah Abdul Hadi sebagai syarat agar mengemukakan soalan kepada presidennya.

Nashrudin berdiri di sebelah kiri Abdul Hadi manakala Naib Presiden Salahuddin Ayub berdiri di sebelah kiri Nasharudin.

Terdahulu Nasharudin tiba di ibu pejabat Pas, di Jalan Raja Laut, jam 8.55 malam tadi

Pemerhati dan kebanyakan pemimpin kanan parti itu yakin beliau akan 'selamat' daripada sebarang tindakan berat.

Media telah menanti kedatangan beliau sejak jam 7 petang tadi.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Syura, dilihat meninggalkan bangunan ibu pejabat Pas jam 9.15 malam, selepas memimpin mesyuarat bulanan badan tertinggi Pas itu selama kira-kira 20 minit.

Sinar Harian Online difahamkan beliau meninggalkan mesyuarat kerana kurang sihat.

Difahamkan, mesyuarat kemudian dipengerusikan oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din.

Nasharudin menjadi tumpuan ekoran gesaan beliau, yang juga Ahli Parlimen Bachok, agar Pas mempertimbang semula keanggotaan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam isu hudud.

Beberapa anggota yang dihubungi Sinar Harian Online enggan mengulas mengenai mesyuarat malam ini atas alasan Majlis Syura hanya memberi kebenaran kepada Abdul Hadi untuk mengeluarkan kenyataan.

"Hanya Presiden Pas boleh bercakap. Ambil kenyataan Presiden... maaf kami tidak boleh bercakap," kata Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Tidak ada perbincangan tentang Nasha, kata Hadi
(Malaysian Insider 9/9/12): Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menyatakan bahawa Majlis Syura parti tersebut tidak membincangkan tentang bekas timbalan presiden, Nasharuddin Mat Isa, untuk dipecat dari ahli PAS mahupun ahli Majlis Syura.

“Ya, dia masih ahli PAS, dia masih lagi dalam Majlis Syura,” kata Hadi.

“Mesyuarat hari ini adalah mesyuarat bulanan seperti biasa bagi membincangkan tentang calon-calon PAS dalam pilihan raya akan datang.

“Dan sudah menjadi kebiasaan, calon akan ditentukan oleh Majlis Syura bagi mengekalkan kredibiliti serta calon yang terbaik untuk PAS.”

Apabila ditanya sama ada Nasharuddin akan bertanding di parlimen Bachok dalam pilihan raya akan datang, Hadi menjawab ia masih belum ditentukan.

“Saya sendiri tidak tahu apakah saya akan bertanding di mana nanti,” katanya lagi.

Majlis Syura PAS yang dipengerusikan oleh Datuk Nik Aziz Nik Mat selaku mursyidul am PAS, dijalankan setiap bulan oleh parti tersebut.

Sebelum ini, khabar angin mengatakan keputusan tentang nasib Nasharuddin akan dibincangkan dalam mesyuarat pada malam ini.
Nasib Nasha malam ini tak jejas undi PR, kata pimpinan dan penganalisis
(Malaysian Insider 9/9/12): Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan penganalisis mengatakan nasib bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, yang akan ditentukan malam ini tidak akan menjejaskan prestasi parti tersebut dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Spekulasi tentang Nasharuddin akan dipecat dari Majlis Syura atau dipaksa meninggalkan parti tersebut sejurus selepas beliau bertengkar dengan pengerusi DAP Karpal Singh berhubung dengan isu penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud.

Majlis Syura PAS akan memutuskan malam ini tentang nasib Nasharuddin akan tetapi pemimpin PR dan penganalisis mengatakan apa pun keputusannya, ia tidak akan menjejaskan undi parti tersebut dalam PRU akan datang yang dijangkakan akan berlangsung November ini.

Ketua pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi, memberitahu The Malaysian Insider semalam bahawa sokongan akar umbi parti Islam tersebut tidak akan berubah apa pun keputusan yang akan diputuskan malam ini.

Pendapat beliau disokong oleh ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, yang mengatakan isu Nasharuddin tidak menjadi isu utama yang akan dibincangkan oleh Majlis Syura malam ini.

Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, percaya pengundi “telah melihat dinamik PR dan Barisan Nasional (BN)”.

“Jadi ia tidak akan menjejaskan kita,” katanya.

Ketua pemuda sosialis DAP, Anthony Loke, senada dengan Nurul Izzah dengan berkata, “saya percaya apa sahaja keputusan tidak akan memberi kesan kepada undi masyarakat Cina”.

Ibrahim Suffian dari Merdeka Center menjelaskan hari ini bahawa isu itu sendiri tidak mempunyai kesan meluas kepada pengundi, akan tetapi beliau mengatakan bahawa isu ini telah dieksploitasi oleh musuh PAS menjadikannya perbincangan umum untuk memberikan imej buruk kepada parti tersebut.

“Impaknya terlalu kecil,” katanya.

Pensyarah Jabatan Kajian Antarbangsa dan Strategik Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar, bersetuju dengan Ibrahim dengan mengatakan “isu Nasharuddin hanya menjadi isu besar hanya selepas dibesar-besarkan oleh musuh PAS terutamanya Umno”.

“Melihat pengelibatan terkini beliau (Nasharuddin) dalam parti dan PAS secara keseluruhannya, dia sudah menjadi sejarah.

“Dia hanya menjadi isu selepas media kerajaan memainkannya secara besar-besaran,” katanya.

Ketika ditanya tentang masa depan Nasharuddin dalam PAS, Ibrahim berkata, “saya rasa jika keputusan negatif malam ini, beliau sukar untuk menjadi calon PRU dan sukar untuk beliau bangkit semula”.

Prof Mohamad lebih berterus terang dengan mengatakan, “walaupun beliau kekal sebagai ahli kehormat sekalipun, masa depan beliau dalam parti telah berakhir”.

PRU kali ini dilihat paling sengit dalam sejarah dengan lebih 12 juta pemilih akan membuang undi — Melayu Muslim berjumlah 62 peratus daripada populasi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.