Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Transparency International dakwa kerajaan juga guna dana asing, sokong Suaram

September 10, 2012
 
KUALA LUMPUR, 9 — Badan bebas antarabangsa membanteras gejala rasuah, Transparency International Malaysia (TI-M) tampil mempertahankan badan hak asasi manusia, Suaram yang diserang oleh pelbagai pihak atas dakwaan menerima sumber dana asing.

TI-M memberi alasan bahawa kerajaan juga menerima sumber dari banyak negara luar dan menegaskan amalan tersebut tidak salah.

Presiden badan tersebut, Datuk Paul Low (foto fail), berkata seperti Suaram,  pihak TI-M juga menerima dana daripada pelbagai sumber luar sejak beberapa tahun lalu.

“Sebagai sebuah organisasi bukan kerajaan Malaysia yang berdaftar, TI-M sedar kesukaran dan cabaran yang dihadapi oleh pergerakan masyarakat awam bagi mengumpul dana untuk projek kami dan pelbagai aktiviti  lain.

“Malah ramai rakan kongsi dalam masyarakat menerima dana asing dalam bentuk tertentu atau lain-lain,” kata Low.

Beliau bagaimanapun berkata prinsip TI-M ialah memastikan dana yang diterima datang daripada sumber yang sah dan tidak dipengaruhi sesuatu objektif atau mewujudkan sebarang bentuk  percanggahan kepentingan mahupun hilang kebebasan di dalam mengendalikan suatu projek.

Low menambah bahawa dana asing telah sentiasa menjadi asas pergerakan bagi masyarakat awam, terutamanya di negara-negara membangun apabila isu-isu seperti rasuah dan hak asasi manusia  cenderung untuk merentasi semua bidang kuasa.

“Di universiti, malahan ahli pemikir dan juga kerajaan Malaysia turut menerima pembiayaan daripada pelbagai institusi asing,” kata Low lagi.

“Selagi prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan diikuti, NGO tidak harus menjadi mangsa kepada sumber pembiayaan mereka.”

Kerajaan Malaysia pada minggu lepas melahirkan kebimbangan kepada duta Jerman, Dr Guenther Georg Gruber, ekoran pengakuan kedutaaan tersebut membiayai Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB), sebuah  syarikat yang dikaitkan dengan kumpulan hak asasi manusia, Suaram.

Menurut laporan Bernama Online, kebimbangan tersebut telah dibangkitkan semasa semasa mesyuarat dengan Kementerian Luar pada Jumaat lalu dan pihak duta Malaysia melahirkan rasa kecewa atas pembiayaan kepada Suaram tersebut.

Dalam satu kenyataan berasingan di sini, Suaram mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) cuba memperlekehkan tanggungjawab yang mereka lakukan dengan menggunakan Suruhanjaya Syarikat  Malaysia (SSM) untuk menyiasat SISB.

Awal bulan ini, pegawai SSM telah menyerbu setiausaha syarikat dan ke pejabat juruaudit SISB untuk menyiasat serta merampas dokumen-dokumen yang berkaitan dengan syarikat.

Notis untuk menggeledah dan menyita telah dikeluarkan di bawah Seksyen 7C dan 7D (1) Akta Syarikat 1965.

Pada awal Julai tahun ini, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) presiden Azwanddin Hamzah mendakwa bahawa Suaram tidak didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan  Pendaftar Pertubuhan tetapi sebagai sebuah syarikat, Suara Inisiatif Sdn Bhd

Azwanddin, juga mendakwa telah memeriksa dengan SSM dan mendakwa bahawa pendapatan syarikat tersebut berjumlah RM497, 137 pada tahun 2009 dan RM411, 226 pada tahun 2010.

Ekoran serangan tanpa henti ini, Suaram, dalam kenyataan pada 5 Sept, menggesa kerajaan menerusi agensi-agensinya menghentikan tindakan diskriminasi dan keterlaluan ini, serta berkata ia  merupakan satu lagi langkah terdesak kerajaan untuk memaksa Suaram menghentikan kes mahkamah di Perancis melibatkan kapal selam Scorpene.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.