Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Selasa, 11 September 2012

Hab petrokimia Pengerang: Yang bersuara terus diugut.

PENGERANG, 11 SEPTEMBER : Tindakan kerajaan UMNO Barisan Nasional di sini dilihat semakin terdesak dengan menjadikan agensi kerajaan sebagai alat untuk menakutkan rakyat.

Chua Peng Sian wakil NGO Gabungan Pengerang yang lantang bersuara memperjuangkan hak rakyat, beliau tidak terlepas dari menerima ugutan pelbagai pihak yang menginginkan projek RAPID terus dijalankan.

Dalam satu temu bual di Pengerang baru-baru ini, beliau menegaskan bahawa apa yang sedang dilakukan ini bukan hanya untuk kaum Cina sahaja.

“Di sini majoriti kaumnya adalah Melayu, saya berani bersuara mempertahankan hak saya kerana saya terlalu sayangkan Pengerang yang penuh dengan kedamaian, tanpa ada jurang antara kaum,” kata Chua.

“Apa yang cuba dilakukan oleh kerajaan UMNO Barisan Nasional dalam isu ini hanyalah untuk memecah belahkan rakyat di Pengerang yang mana sentiasa menjaga hubungan baik sesama bangsa.” katanya lagi.

Media utama UMNO Barisan Nasional tidak menceritakan hal sebenarnya apa yang berlaku di Pengerang, sebaliknya mengumumkan penduduk Pengerang akan menjadi jutawan apabila menerima pampasan jika projek bernilai RM60 billion itu berjalan lancar.

Chua juga turut melemparkan persoalan kepada kerajaan UMNO Barisan Nasional bagaimana nasib 35 keluarga yang diarahkan mengosongkan rumah pada 15 September sedangkan Menteri Besar Johor telah berjanji bahawa penduduk tidak perlu mengosongkan rumah selagi rumah baru mereka tidak lengkap dengan segala kemudahan prasarana.

Jelas Chua, inilah antara ungkapan yang dipegang oleh penduduk di Pengerang yang di umumkan ketika perasmian projek RAPID yang turut dihadiri Sultan Johor dan Perdana Menteri pada 13 Mei yang lalu.

Menurut beliau, ada diantara penduduk yang datang membuat aduan kepadanya ternyata amat kecewa dengan tindakan kerajaan UMNO Barisan Nasional kepada mereka. Sikap ketua kampung yang menjadi orang pengantara bagi Pejabat Tanah Kota Tinggi dan rakyat juga menjadi kekesalan kepada rakyat di Pengerang.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.