Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Selasa, 11 September 2012

Bongkar skandal Scorpene: BN dendam dengan SUARAM

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menyelar tindakan kerajaan UMNO-BN terhadap organisasi hak asasi manusia, SUARAM, sebagai satu tindak balas terhadap kempen NGO itu yang telah membongkar kebenaran mengenai skandal pembelian kapal selam Scorpene. 

Menurut Kit Siang dalam kenyataan medianya hari ini tindakan pihak kerajaan adalah tidak masuk akal, tanpa bersebab dan memperlihatkan dendam UMNO-BN melalui gangguan berterusan dan penganiayaan terhadap organisasi hak asasi manusia itu.

“Jika Najib jujur dan serius terhadap Pelan Transformsi Kerajaan (GTP) dan sasaran NKRA terutamanya dalam memerangi rasuah, kesemua agensi kerajaan termasuk Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) perlu bekerjasama dengan SUARAM untuk membenarkan kebenaran isu skandal pembelian kapal selam Scorpene didedahkan.”

Katanya, penganaiyaan berterusan terhadap SUARAM peru dihentikan kerana ia membawa mesej jelas kepdaa rakyat Malaysia dan dunia bahawa pentadbiran Najib dipenuhi dengan kekotoran dan penyelewengan yang disembunyikan.

“Pepatah Greek ada menyebut “Mereka yang mahu dihancurkan Tuhan, dijadikannya gila terlebih dahulu,” (Those whom the gods wish to destroy they first make mad) adalah lebih tepat buat mereka,” ujar beliau, menyifatkan tindakan kerajaan akhir-akhir ini menandakan bahawa parti pemerintah itu sudah semakin hilang akal.

Mengulas lanjut tentang sikap pilih bulu UMNO-BN dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang, Kit Siang mempersoalkan kenapa tindakan undang-undang tidak diambil kepada pelaku dalam insiden kencing dan pijak gambar pemimpin Pakatan Rakyat.

“Mana tindakan undang-undang terhadap pelaku tersebut?” tegasnya, bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa tindakan menyerlahkan bontot dan memijak gambar pemimpin negara adalah tindakan yang tidak baik, namun untuk bertindak ‘double-standard’ terhadap sesuatu kesalahan bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan juga. 
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.