Thursday, September 6, 2012
Kerajaan PAMER Dan LELONG Aset Haram WANITA PERTAMA
MANILA - Kerajaan Filipina mengumumkan hari ini akan mengadakan pameran awam terhadap koleksi permata-permata yang disita sejak 26 tahun lalu dari bekas wanita pertama Imelda Marcos, dengan harapan agar dapat menjadi tarikan pelancong.
Koleksi yang dianggarkan bernilai sekurang-kurangnya lapan juta Amerika dolar ini disimpan di dalam sebuah peti besi bank sejak beberapa dekad lalu selepas sebahagian daripada aset mereka yang dirompak oleh keluarga Marcos ini distia sebelum melarikan diri ke AS dalam buangan pada tahun 1986, selepas 20 tahun memegang kuasa.
Kerajaan turut merancang untuk merancang untuk mengadakan lelongan selepas pameran, menurut Maita Gonzaga, seorang pegawai kanan di Suruhanjaya Presiden kepada Kerajaan Berkebajikan.
"Ia (pameran) mampu menarik pelancong, dan (pameran) ini juga dapat memberi pengajaran tertentu tentang masa lalu yang tidak harus dilupakan. Ini adalah bukti-bukti rompakan yang nyata," kata Gonzaga kepada AFP.
Imelda Marcos, kini berusia 83 tahun adalah balu kepada pemimpin Filipina Ferdinand Marcos, yang memerintah negara itu dari 1965-1986, termasuk sembilan tahun di bawah undang-undang tentera.
Beliau menikmati kuasa yang besar seperti ahli kabinet dan duta, malah mengambil hasil negara sehingga enyebabkan negara menjunam ke lembah kemiskinan.
Sambil menikmati gaya hidup yang mewah beliau berjaya mengumpul pelbagai koleksi barang kemas, seni halus, dan hartanah - yang didakwa dibeli dengan hasil wang yang dicuri dari pendapatan negara.
Bagaimanapun pemberontakan besar-besaran telah mengakhirir pemerintahan Marcos dan menghambat beliau dan keluarganya hidup dalam buangan di Hawaii sebelum meninggal dunia tiga tahun kemudiannya.
Sebahagian daripada koleksi barang kemas telah ditemui oleh kerajaan AS sebaik mereka tiba di Honolulu manakala permata lain ditemui secara berasingan daripada seorang rakan Marcos yang berasal dari Greece ketika dia cuba untuk menyeludup keluar.
Marcos telah digantikan oleh ikon demokrasi Corazon Aquino yang menumbuhkan sebuah suruhanjaya untuk mendapatkan semua aset haram Marcos.
Keluarga Marcos kemudiannya dibenarkan kembali ke tanah air dan mendapatkan pengaruh dengan balu dan anak lelakinya, Ferdinand kemudian terpilih ke parlimen.
Gonzaga berkata agensi itu berharap untuk mempamerkan permata itu di muzium kerajaan pada tahun ini atau awal 2013.
Seorang jurucakap Imelda Marcos bagaimanapun enggan mengulas mengenai rancangan untuk memaparkan koleksi permata tersebut. Senator Ferdinand Marcos juga tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.
Suruhanjaya itu berkata sekurang-kurangnya 93.4 billion peso (lebih RM 6.9 billion) berjaya dirampas daripada ahli keluarga Marcos dan sekutu mereka setakat ini.
Walau bagaimanapun tidak ada ahli keluarga Marcos yang dipenjarakan terhadap kesalahan memilik aset haram ini.
Sila 'share' artikel ini di facebook anda untuk manfaat bersama dengan klik butang ini --->
0 orang berkata:
Post a Comment