WALAU APAPUN KITA PERLU BERHATI-HATI, KITA TIDAK TAHU PERANCANGAN MUSUH, APA YANG KITA KHUATIRI JANGAN SAMPAI NANTI ADA CERITA "U TURN" DISA'AT AKHIR ! Pak Karamu
Wednesday, March 13, 2013
Datuk Seri Wan Azizah: Saya berterima kasih, bersyukur kepada Allah
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail memanjat kesyukuran berikutan bapa
Saiful Bukhari, akhirnya membuat pengakuan bahawa anaknya, dipergunakan
dalam Fitnah II yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menyifatkan ia sebagai anugerah Ilahi, Presiden KEADILAN itu menganggap
pengakuan itu sedikit sebanyak membersihkan tohmahan jahat ke atas
suaminya.
“Saya rasa bersyukur sangat, rasa macam nak takbir, Allahuakbar. Kerana saya tidak sangka.
“Allah bagi. Kita pun terkejut juga, kita tidak ada usaha cari tapi ini
memanglah. Hanya Allah yang dapat gerakkan hati manusia,” katanya kepadaKeadilan Daily.
Walaupun pengakuan itu lambat, Wan Azizah yakin tindakan bapa Saiful itu
sedikit sebanyak mampu mengubat keaiban yang dihadapi beliau
sekeluarga.
“Tidak akan terlambat kerana selagi ada masa, kalau kita dengan Allah atau sesiapa pun tidak terlambat untuk bertaubat, beristigfar mencari keredhaan-Nya.
“Mungkin dulu ayahnya tidak mengetahui. Mungkin (sangka) anaknya jadi
mangsa. Dulu mungkin rasa membela (Saiful Bukhari) tapi sekarang baru
tahu. Jadi beliau buat sebagai seorang ayah yang bertanggungjawab.
“Saya kira, Alhamdulillah. Kalaulah ini dapat buka hati ramai lagi
melihat kebenaran. Saya berterima kasih, bersyukur kepada Allah,”
katanya yang tidak lekang dari ucapan syukur kepada Yang Maha Esa.
Beliau turut berkongsi perasaan anak-anaknya yang lega dengan pengakuan bapa Saiful.
“Anak-anak pun kata begitu. Sebab mereka tahu, mereka lebih muda
daripada saya, jadi perasaan muda itu adalah marah dan berdendam kerana
bapa mereka diperlaku sebegitu, diaibkan.
“Mereka lebih agresif mengatakan patutnya (pengakuan itu dibuat) dari
dulu lagi,” katanya yang sedih mengenang ujian yang terpaksa dilalui
anak-anaknya.
0 orang berkata:
Post a Comment