Isma: 'Calon boleh menang sahaja tak cukup'
27 Mac 2013
SHAH ALAM - Lima resolusi yang diputuskan oleh Muzakarah Kefardhuan
Mengundi Calon Muslim Berwibawa anjuran Isma hari ini menyimpulkan
bahawa kriteria 'winnable candidates' sahaja tidak mencukupi dalam
memastikan kelangsungan Islam di negara ini.
Presiden Isma, Abdullah Zaik Abdul Rahman ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, seorang yang digelar calon boleh menang itu juga seharusnya mempunyai kredibiliti dan akhlak yang baik bagi menjamin masa depan umat Islam.
"Sebab kita melihat pemilihan ini memberi impak kepada kedudukan Islam dan masa depan umat Islam.
"Apa pun senario yang berlaku dalam PRU13 ini, kita hendak pastikan keadaan Islam itu tidak akan berada dalam keadaan buruk," tegas beliau.
Oleh itu katanya, penting dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini supaya parti-parti politik yang bertanding mengambil tanggungjawab meletakkan calon-calon mereka yang menepati kriteria yang diputuskan muzakarah berkenaan.
"Sekarang ini orang terlalu melihat kepada kriteria 'winnable candidates' dan tidak melihat kepada kriteria islamik atau kriteria lain yang kita tetapkan," katanya.
Muzakarah anjuran majlis ulama Isma ini yang berlangsung pagi tadi menggariskan ciri-ciri Muslim berwibawa adalah dari kalangan calon Muslim yang amanah dan kuat berakhlak, seorang yang setia, mengutamakan perpaduan dan kesejahteraan rakyat.
".... serta tidak mendokong fikrah yang bertentangan dengan Islam seperti liberalisme, sekularisme, pluralisme dan sebagainya," menurut resolusi itu.
Ia diputuskan berdasarkan hanya calon-calon yang mempunyai sifat-sifat ini mampu melaksanakan tugas wakil rakyat Islam dengan baik mengikut neraca syarak.
Selain itu, umat Islam juga disyorkan supaya memilih calon Muslim berwibawa melampaui sempadan parti politik.
Muzakarah melihatnya menerusi beberapa senario berikut:
- Apabila seorang Muslim berwibawa berhadapan dengan seorang bukan Muslim, maka pemilihan sudah semestinya ke atas Muslim berwibawa tersebut
- Apabila seorang Muslim berhadapan dengan seorang Muslim yang lain, maka umat Islam hendaknya memilih calon yang lebih berwibawa antara keduanya
- Apabila seorang bukan Muslim berhadapan dengan bukan Muslim yang lain, maka umat Islam perlu melakukan dua perkara berikut:
i. Di kawasan majoriti pengundi Muslim, maka hendaklah dihantar calon Muslim
ii. Di kawasan majoriti pengundi bukan Muslim, maka pemilihan calon hendaklah berdasarkan parti yang paling kurang mudarat kepada Islam.
Selain itu, muzakarah juga menyeru calon-calon yang terpilih memastikan calon perdana menteri, timbalan perdana menteri dan menteri-menteri kanan nanti juga adalah dari kalangan Muslim yang berwibawa.
Ini bagi memastikan pentadbiran negara akan selari dengan prinsip-prinsip syarak.
"(Muzakarah) menyeru calon-calon yang terpilih supaya mempertahankan Islam di Parlimen dan meletakkan kepentingan Islam mengatasi segala kepentingan-kepentingan lain tanpa mengira parti yang diwakili.
"Calon-calon Muslim perlu bersepakat tanpa mengira latar belakang parti apabila berhadapan dengan kepentingan umat dan agama Islam," katanya.
Muzakarah yang berlangsung di Putrajaya pagi tadi membabitkan ulama-ulama jemputan Isma daripada pelbagai institusi, mufti, hakim dan ulama-ulama syariah daripada jabatan agama Islam negara ini.

0 orang berkata:
Post a Comment