Friday, February 15, 2013
7 daripada 700 sifat buruk Tun Dr Mahathir Mohamad
Dasar penswastaan dan polisi Tun Dr Mahathir Mohamad
yang mengkayakan kroni melalui projek mega, punca rizab negara rendah
dan hutang negara makin menimbun, “Polisi Mahathir yang menswastakan
projek-projek besar seperti kilang besi waja, Malaysia Airlines (MAS),
keretapi dan banyak lagi menyebabkan kroni semakin kaya, kos meningkat,
rakyat terbeban dan ekonomi mundur,” kata Ahli Parlimen Indera Mahkota,
Azan Ismail.
Pengerusi KEADILAN Terengganu itu mengulas kenyataan mantan Perdana
Menteri kononnya nisbah kadar hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) berada pada tahap 53 peratus masih dianggap baik.
Beliau malah membandingkan keadaan ekonomi Malaysia dengan Greece.
Mahathir berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) kini mempunyai simpanan
kira-kira US$140 bilion (US$1=RM3.08) berbanding semasa pentadbirannya
hanya sekitar US$30 bilion.
“Itu hanya kenyataan Mahathir untuk bela diri. Dengan hasil kekayaan
negara yang begitu banyak seperti minyak, kelapa sawit, hutan
berkualiti, negara kita patut mencapai rizab US$1 trilion, dan tidak
perlu berhutang,” kata Azan mengulas kenyataan itu.
Menurut beliau, sepanjang 22 tahun pentadbiran Mahathir, rizab
matawang, rizab antarabangsa dan rizab emas negara yang sepatutnya
tertinggi di dunia mulai terhakis.
“Ia berdasarkan anggaran belanjawan negara selama 20 tahun dan semua
orang boleh rujuk. Kerajaan mengakui aliran wang keluar yang terlalu
banyak tidak dapat dicegah. Bahkan Bank Negara sedang menyiasat perkara
ini,” katanya.
“Kadar SDR (Hak Pengeluaran Khas) bertujuan untuk mengawal kadar
pengeluaran matawang juga menurun kerana diguna pakai untuk pembangunan
dan pelaburan, ekoran keadaan ekonomi negara yang mengalami defisit
selama 15 tahun. Dengan hasil negara yang banyak, rizab sepatutnya tak
perlu digunakan,” jelas Azan.
Kata Azan lagi, idea penggunaan rizab negara untuk pembangunan dan
pelaburan juga diilhamkan oleh Mahathir, dan ditentang Datuk Seri Anwar
Ibrahim sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
“Tanyalah Anwar, Tengku Razaleigh (Hamzah) atau mana-mana menteri
kewangan di rantau ini, pastinya jawapan mereka bahawa rizab simpanan
negara patut lebih tinggi dari sekarang,” katanya.
“Mahathir juga merendahkan ekonomi negara dengan menyamakan dengan
Greece. Kenapa tidak bandingkan dengan negara setaraf seperti Singapura
yang kini ada rizab sekurang-kurangnya dua kali ganda lebih tinggi dari
Malaysia,” soal Azan.
1 orang berkata:
http://zaydencorporation.blogspot.com
Post a Comment