Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KAH,KAH,KAH PENGALISIS KANGKONG

Penganalisis: Undi Melayu merosot, Anwar cari sokongan pengundi campuran
HARIZ AIZAT MAHYUDIN
24 Mac 2013
Mohamed Mustafa Ishak
Mohamed Mustafa Ishak
SHAH ALAM – Kemerosotan sokongan daripada orang-orang melayu kepada Pakatan Rakyat (PR) sejak akhir ini dilihat menjadi punca mengapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat untuk bertanding kerusi Parlimen di Selangor atau Perak.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, Anwar sedar bahawa sokongan pengundi campuran akan lebih memihak kepadanya berbanding pengundi Melayu.

“Kita sedia maklum bahawa kerusi Parlimen Permatang Pauh mempunyai  majoriti pengundinya terdiri dari orang Melayu, jadi di sana tidak lagi selamat untuknya.

“Selangor merupakan kawasan bandar membangun yang dihuni oleh pelbagai kaum, dan majoritinya merupakan pengundi kaum cina yang dilihat lebih memihak kepada DAP,” katanya, semalam.

Menurutnya, kelebihan besar pengundi dari kaum cina itu sekali gus dilihat menjadi kerusi ‘selamat’ untuk ditandinginya.

“Tiada sebab lain mengapa beliau tidak bersedia mempertahankan kerusi yang telah dimenanginya menerusi pilihan raya kecil pada Ogos 2008 selepas dikosongkan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,” katanya.

Mohamed Mustafa juga tidak menolak pengumuman yang dilakukan Anwar itu hanyalah sebagai strategi politik PR semata-mata menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Menurutnya, dengan pengumuman tersebut, jentera BN pasti merasa tergugat dan mula mengubah strategi mereka yang akhirnya bakal menguntungkan PR.

“Tetapi ia lebih dilihat sebagai strategi semata-mata kerana Anwar hanya mengumumkan hasrat bakal bertanding kerusi Parlimen di Selangor atau Perak tanpa mengkhususkan mana-mana kerusi.

“Jika Anwar benar-benar serius mahu bertanding kerusi Parlimen di Selangor, pasti beliau telah memutuskan kerusi mana yang bakal ditandinginya,” katanya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

kemerosotan sokongan drp belbagai kaum menyebabkan najid takut nak bubarkan parlimen, entah2 dia tak akan bubar parlimen. dalam kerajaan malaysia apa2 pun boleh berlaku.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.