Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Tuesday, March 12, 2013

Tokoh veteran Umno sokong Manifesto Pakatan Rakyat

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam
Tun Musa pertahan dasar Buku Jingga PR yang juga merupakan sebahagian daripada manifesto Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

SHAH ALAM: Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam menepis dakwaan bahawa ekonomi negara akan bankrap sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Pusat selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).

Musa berkata, perkara itu tidak akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat mampu menjaga kestabilan sektor pelaburan yang menjadi asas dalam struktur ekonomi negara.

Katanya, spekulasi itu hanya kenyataan politik berkepentingan sebelah pihak sahaja yang sengaja dijaja untuk menakutkan rakyat.
 
“Jika sekali pun pembangkang memerintah negara mereka tidak akan sebegitu bodoh mahu membiarkan ekonomi negara muflis seperti yang lain sangkakan.“Saya tak fikir ekonomi negara akan musnah, sama seperti apa yang pernah saya jelaskan kepada beberapa sektor perbankan dan pelabur asing.“Perkara asasnya kita kena menjaga komuniti pelaburan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. selepas menghadiri Bicara Minda ‘Survival Ekonomi Melayu’ di Kompleks Karangkraf.





0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.