Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MUSA MENGATA UMNP KEW ?

Musa: 'Politik perkauman politik bankrap'
ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD dan NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
12 Mac 2013
Tun Musa Hitam.
Tun Musa Hitam.
 
[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM – Ahli-ahli politik yang menggunakan isu perkauman sebagai bahan atau modal survival masing-masing merupakan ahli politik yang sudah bankrap, kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam hari ini.

Sehubungan itu kata Musa, melihat kepada perkembangan hari ini banyak perkara yang boleh dibahaskan secara membina.

"Kita dalam suasana pilihan raya umum (PRU) pada pendapat saya dulu, baru ini dan sekarang, barang siapa yang menggunakan perkauman sebagai isu politik adalah ahli politik yang bankrap," kata beliau pada program Bicara Minda Survival Ekonomi Melayu di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini.

Musa yang berkecimpung dalam dunia politik lebih lima dekad yang lalu berkata, jika dahulu parti politik boleh menggunakan isu perkauman apabila berada atau berkempen di kawasan-kawasan yang majoritinya satu-satu kaum, kini keadaan tidak begitu lagi.

"Sekarang tidak boleh lagi kerana macam-macam kejayaan yang kerajaan dah buat, kerajaan jangan berasa malu. Kerajaan harus berasa bangga dengan kejayaan yang telah dibuat, tentulah ada kritikan dan yang menentang, dalam politik itu perkara biasa.

"Tetapi berdebatlah, tunjuk dengan bukti di atas kebolehan-kebolehan itu, bukan mempertangguhkan apa yang dibuat, dan kita merasa takut, kita dimomokkan dengan keadaan ini, dan penghabisan kita terdesak dan itu yang akan memusnahkan kita," kata beliau yang menjadi gandingan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dari tahun 1981 hingga 1986.

Ketika ditanya bagaimana untuk mengubah minda Melayu dan gerak kerja yang berasaskan perkauman, Musa, 78, berkata, perkara itu memerlukan tempoh yang lama dan bergantung kepada kepimpinan politik.
"Itu yang saya duka cita, jika kita bergantung pada akedemik senang sikit kita boleh belajar dan proses semula jadi. Tetapi dari segi mentaliti nak ubah, sukar jika kita ada sistem politik begitu terbuka, misalnya di Malaysia.

"Di Malaysia perkiraan politik masih berasaskan perkauman, jika kita pergi ke kawasan banyak Melayu kita cakaplah hak Melayu, kita perjuang orang Melayu, bila kita pergi ke kawasan Cina, kita cerita pasal Cina apa-apa yang perlu dipertahankan.

"Pada saya, sikap merendah diri boleh berubah jika ahli politik itu mahu memperkukuhkan dan tidak salah gunakan isu perkauman dari segi perkembangan politik," katanya.

Menurut beliau, soal ekonomi Melayu merupakan soal fundamental yang akan menentukan ke arah mana negara akan tuju.

Musa yang juga bekas Timbalan Presiden Umno berkata, dalam perkembangan politik pada hari ini, pemimpin parti politik perlu keluar daripada kepompong menggunakan isu perkauman dalam kegiatan politik mereka.

Masih banyak katanya, modal atau pun perkara-perkara membina yang boleh digunakan dalam kelangsungan politik masing-masing.

Mengulas lanjut, pemimpin kelahiran Segamat, Johor ini berkata, mentaliti ini boleh diubah dengan kerjasama semua pihak dan bukan hanya bergantung kepada pihak kerajaan semata-mata.

“Saya sedikit berduka cita kerana ramai orang Melayu banyak bergantung kepada kepimpinan politik.

“Sebenarnya mahu ubah minda orang Melayu perlu melalui proses yang lama dan masalahnya kita banyak bergantung kepada kepimpinan politik,” katanya yang kini memimpin beberapa syarikat berkaitan kerajaan termasuk Kumpulan Sime Darby.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.