Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BETUL LA KATA RAFIDAH TU !


Usahawan Melayu jangan terlalu bergantung kepada status ‘Bumiputera’ — Rafidah Aziz

 
TENGOK BUS KAT K.KANSAR TEMPAT RAFIDAH NIH, 



Oleh Nomy Nozwir
March 18, 2013
 
PETALING JAYA, 18 Mac — Usahawan Melayu tidak seharusnya bergantung kepada status Bumiputera dalam dunia perniagaan yang kompetitif, kata bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz (gambar).
Menurut Rafidah, usahawan Melayu seharusnya lebih berani menceburi pasaran luar, dan mengambil kesempatan dari Perjanjian Perdagangan Antarabangsa (FTA) ASEAN untuk memasarkan produk ke pasaran serantau dan antarabangsa.

“Kalau kita katakan kita ini seorang usahawan Bumiputera, itu kita sudah silap. Seharusnya kita perlu meletakkan diri kita sebagai seorang usahawan kerana pasaran luar adalah pasaran neutral dan tidak mengenal bangsa, jantina dan agama.

“Oleh itu, usahawan perlu menggunakan FTA sebagai peluang meluaskan perniagaan, bukan sebagai penghalang,” kata Rafidah dalam seminar “Inovasi dan Transformasi PKS Menuju Pasaran Global”, di sini, hari ini.

Rafidah juga menegaskan para usahawan haruslah mengkaji kehendak semasa pasaran, di samping memahami demografi dan kebudayaan pasaran di luar.

“Terdapat banyak isu-isu yang kini diberi tekanan oleh masyarakat, seperti isu alam sekitar, hak pekerja, ketelusan urusniaga, dan hak pengguna, usahawan kita perlu bersedia menangani isu-isu ini sebelum menceburi perniagaan di luar negara,” kata Rafidah lagi.

Beliau juga menegur sikap sesetengah golongan usahawan yang tidak memberikan penekanan terhadap kualiti selepas mendapat persijilan kualiti antarabangsa (ISO), dan berkata ia seharusnya diberi penilaian secara kerap bagi melihat kualiti produk yang baik sebelum dipasarkan.

“Kadang-kadang usahawan kita yang mengeksport ini leka dengan perkara sebegini, menyebabkan nama baik negara kita tercemar kerana mengeksport produk-produk yang tidak bermutu tinggi, kita harus jaga kualiti, bukan sahaja untuk perniagaan kita tapi nama negara secara keseluruhan,” katanya lagi.

Beliau juga memuji langkah SME Corp yang banyak membantu golongan usahawan memajukan industri kecil dan sederhana di negara ini, dan mengatakan terdapat peningkatan dari segi kualiti dan kuantiti eksport pasaran sejak penglibatan SME Corp.

Rafidah merupakan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri semenjak 1987 sehingga 2008, selepas menang tipis dalam pilihan raya 2008 di kawasan parlimennya di Kuala Kangsar.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.